Hari ni masuk sudah seminggu abah aku di Wad 6,Hospital Banting… Sejak dikejarkan ke unit kecemasan tempohari…. 3 hari sebelum ini keadaan abah aku amat2 kritikal… Alhamdulillah setakat pagi ini (7.00 pagi Ahad) kondisinye agak memberangsangkan… Inipun selepas 1 operation untuk membersihkan luka di bahagian tulang punggung abah aku dilakukan…

Operation tersebut dilakukan pada hari Khamis lalu… Itu pun setelah doktor rasakan yang bapa aku dalam keadaan stabil… Operation tu dilakukan di atas katil wad tu saje… 2 orang doktor , seorang nurse dan seorang volenteer… Yang volenteer tu aku dan mak aku… Aku nak juga tengok apa yang berlaku… Time mula2 abah aku dioperate, aku belum sampai lagi… So, mak aku dengan beraninye membantu, bila aku sampai, aku pula ganti sebab mak aku dah macam nak pitam sebab tengok darah dan luka yang besar… Jangan katakan mak aku, aku sendiri pun ketika itu rasa macam nak pitam… Dahlah aku ni tak boleh tengok darah yang banyak… Tapi nak buat macamana, bila kena pada ahli keluarga kita sendiri… Nak tak nak kenalah beranikan diri…

Agak dalam juga luka dan daging yang rosak yang dibawa keluar, time tu Allah SwT sajer yang tahu betapa azabnye abah aku ketika itu… Aku yang melihatnye sendiri terasa kesakitan yang dihadapi… Nak mengalir air mata aku dibuatnye… Tangan dan kaki menggigil sepanjang operation tersebut dijalankan…

Dan selama 2 hari juga abah aku tak sedarkan diri… Asyik tidur sajer… Mungkin menahan sakit agaknye… Dan dalam masa yang sama, rakan2 dan saudara mara tak putus2 datang menziarah… Hampir seluruh anak buah dan sepupu abah aku datang untuk memberikan semangat kepada aku dan mak aku… Seluruh pelusuk Malaysia datang… Terima kasih teramat sangat diucapkan…

Malam semalam turn aku menjaga bapa aku… Tapi setiap malam juga aku akan menemankan mak aku di hospital… Kadang2 tu sampai 4-5 pagi baru aku balik ke rumah mak aku… Itu pun sebab pak guard dah halau… Mak aku menjaga abah aku setiap malam… Aku pun setuju sebab aku tak nak mak aku terkilan sekira ada apa2 berlaku nanti…

Dan setiap hari aku panjatkan doa dan bersyukur akan tahap kesihatan abah aku setakat ini… Dan harapan aku agar abah aku sihat semula dan dapat bersama dengan aku sekeluarga… Dan
kiranye penyakit tersebut menyiksakan dan membebankan nyawanye, aku redha untuk-Mu ambillah nyawanye dengan tenang.. Tapi Kau letakkanlah beliau dikalangan orang2 yang beriman… Aku pasrah dengan apa yang berlaku…

* aku hanya boleh update blog aku dgn iPhone sahaja so gambar memang takleh nak upload…