Hari ni dah masuk 9 hari aku aku menguruskan bapa aku di Hospital Banting… Dalam masa yang sama Alhamdulillah adik aku Anor masih cuti UiTM… So ringan sikit kerja2 menguruskan abah dan selain itu juga menguruskan keperluan mak aku…

Dari segi segalanye, sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam mak aku… Untuk bapa aku pula, jadual makannye senang sikit sebab sekarang ni bapa aku masih lemah so diberikan susu karbohidrat melalui tiub yang dipasang menerusi hidung terus ke bahagian perut… Jadualnye pula setiap 3 jam… Bermula pukul 9.00am, 12.00pm, 3.00pm, 6.00pm dan 9.00pm… Semua tu akan diuruskan oleh aku dan mak aku setiap hari… Mak aku akan menunggu sebelah malam… So aku pula akan uruskan segala keperluan harian mak dan abah aku…

Aku sentiasa bergerak, ada sajer benda dan perkara yang diperlukan setiap hari… Ketika aku berada di Hospital sebelah siang, aku akan suruh mak aku berehat… Mak aku sendiri pun pun bukannye sihat sepenuhnye… Dan bagi aku pulak, kalau ikut2 kan pun tidaklah dalam kondisi yang bagus sebenarnye tapi aku gagahkan juga sebab itu merupakan tanggungjawab aku pada kedua ibubapa aku… Aku tak pernah rasa mengeluh dlm urusan menjaga ibubapa aku setakat ni… Dan aku tak pernah mengira wang ringgit dlm menguruskannye… Sebab duit boleh dicari tapi ibubapa tiada galang gantinye…

Dan aku bersyukur sangat2 kerana diberikan kesihatan setakat ni… Nak kirakan demam, hampir setiap malam aku akan terasa nak demam tapi aku kuatkan semangat supaya aku dpt uruskan mereka… Kadang2 tu sampai aku lupa nak uruskan diri sendiri sekarang ni… Makan pun sama, aku cuma uruskan untuk mak dan adik aku Anor jer… kalau teringat baru aku makan… Itupun bila mak dan wife aku marah…

Berbalik pada tajuk entry aku di atas, aku ucapkan ribuan terima kasih kepada semua follower yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan abah aku… Berkat doa yang dipanjatkan, abah aku telah melepasi tahap kritikal 50/50 seperti yang telah diberitahu oleh doktor tempohari… Respond yang diberikan oleh abah aku setiap hari meyakinkan aku tentang kesihatannye sudah bertambah baik buat masa sekarang… Syukur Alhamdulillah…

Oklah setakat ni saje yang aku nak sampaikan… Ni pun tengah bersiap utk ke hospital semula utk minum petang mak aku… Nasib baik hospital dgn rumah aku dlm 5 minit sahaja dah sampai… Nanti aku update lagi… Doakan aku yer…