Assalamualaikum kepada semua follower Chilabaey’s Spot…. Entry aku sekarang ni kurang menarik dan tiada gambar seperti biasa sebab aku masih lagi berada di kampung dan sentiasa berada di Hospital Banting kerana menguruskan abah aku…. Masuk hari ini dah 13 hari abah aku dimasukkan ke dalam wad… Selain itu juga aku harus juga menjaga mak aku dari segi keperluan hariannye semasa menjaga abah aku…
Alhamdulillah kondisi bapa aku buat masa sekarang dalam keadaan baik dan dah mula mahu bercakap walaupun apa yang hendak dia katakan tidak jelas disebabkan keadaan paru2 nye yang masih tidak kuat… Manakala luka ‘backsore’ nye semakin menunjukkan tanda2 sembuh… Bila nurse buat dressing terdapat darah yang keluar dr luka tersebut, itu menunjukkan tanda2 positif kulit dan daging tumbuh semula…
Aku terima segala ujian dan dugaan selama ini dgn penuh tabah dan aku akan sentiasa menguruskan kedua ibubapa aku tanpa memikirkan segala kesukaran dan masalah2 sampingan yang menimpa aku setakat ini… Aku dah penat memikirkan hal orang lain, penat nak berkata2 lagi tetapi sama juga keadaannye… Pusing2 pun akhirnye ke aku juga… Tiada siapa akan membantu aku setakat ini dan bagi aku, aku dah biasa dgn keadaan tersebut dan juga dah dapat menjangkakan…
Apa2 pun terima kasih banyak kepada wife aku yang banyak berkorban dan bersabar dgn situasi family aku sekarang ni… Kesian aku kepadanye sebab sebab aku terpaksa abaikan seketika dirinye buat ketika ini… Terpaksalah dia menguruskan dirinye sementara aku berada di kampung…
*nanti abang belanja Laptop satu yer… Nak MacBook Pro 15′ atau 17’…??? Nanti yer bila semuanye dah selesai dan abah dah bertambah baik yer…πŸ˜‰