Hari Pertama Di Wad Emergency, Hospital Banting, Selangor
Pukul 4.30 petang, satu panggilan kecemasan ke Hospital Banting oleh rakan abah aku dibuat… 15 minit lepas tu ambulans datang dan paramedic sampai terus buat semakan kepada abah aku… Tekanan darah di ambil dan gula dalam darah juga dibuat…. Abah aku terpaksa dihantar segera untuk mendapatkan rawatan susulan sebab time tu abah aku tak sedar dan cara pernafasannye sangat membimbangkan…. Nasib baik jarak antara rumah dengan hospital dalam 10 minit sahaja…. Dalam masa yang sama aku dah prepair segala dokumen dan rekod kesihatan bapa aku yang dahulu untuk ditunjukkan kepada pihak hospital nanti… So, aku akan ikut ambulans ke hospital…. Manakala mak dan kakak aku menaiki kereta…

Staff hospital menstabilkan abah aku…. Time ni boleh dikatakan pada tahap kritikal… Daraj diambil untuk diuji di makmal…. Dan sejam lepas tu keputusan darah tiba dan menurut doktor yang bertugas, darah di dalam badan bapa aku telah mengandungi kuman…. dan mula menyerang paru2 dan buah pinggang… Dan menurutnye lagi keadaan bapa aku ketika ini adalah dalam tahap kritikal 50/50…
Antibiotik tahap kuat akan diberikan terus sebab tiada jalan lain untuk mencegahnye…. Setelah penerangan dibuat maka bapa aku terus dihantar ke wad untuk pemerhatian seterusnye…. Sebak hati aku bila mengenangkannye… Itulah yang terjadi pada hari pertama di Hospital Banting….

Hari Ke-3 Di Hospital Banting, Selangor….

Hari ke-2 merupakan hari yang sangat2 mencemaskan untuk aku sekeluarga… Bapa aku dalam keadaan yang tidak sedarkan diri…. Dan sentiasa meracau… Menurut doktor ini mungkin disebabkan kondisi ubat dalam badan tengah melawan penyakit… Keadaannye sangat2 lemah…. Air sebanyak 5 botol dimasukkan setiap hari untuk memberikan tenaga semula….

Time ni pukul 3.00 pagi…. Aku tak boleh tidur, tak dapat lelapkan mata… So, aku sentiasa bacakan khalimah Allah dan Zikirullah di telinganye…. Samada bapa ku dengar atau tidak aku tak pasti…. 

Sebelum tu dalam pukul 1.00 pagi ada seorang pesakit ini dimasukkan ke dalam wad bapa aku… Orang Myanmar, kepala berbalut macam mumia… Sebab masuk, dia nak naik katil asrama pekerja terlanggar kipas siling… Berjahit kepala lebih sepuluh jahitan…. Kesian betul aku tengok…. Baik orangnye…

Hari yang ke-2 ni bapa aku terpaksa dimasukkan darah sebanyak 2 beg sebab bacaan darah dalam badannye kurang disebabkan kuman yang menyerang….

Dari pukul 1.00 petang hingga 3.00 pagi baru habis 2 beg darah tersebut… Dan sebanyak 2 kali pindah jarum ke urat lain… Aduiii sakitnye….. Time harapan yang tinggi masih aku harapkan…. Hati telah aku tabahkan untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku….