Assalamualaikum semua… Aku masih lagi di Hospital Banting… Bapa aku still di wad menjalani rawatan…. Keadaan bapa aku masih lemah… Masih tidak mampu nak bercakap… Sebab paru2 nye masih lemah… Cuma respond dari jari2 nye sahaja….

Dalam 3 hari ni, doktor terpaksa masukkan semula air sebab badan bapa aku kurang garam…. Manakala demam malamnye dah jarang2 berlaku….

Macam biasa setiap petang aku akan berada di Hospital Banting bersama adik aku Anor dan anak buah aku Melly… Bukan apa menguruskan minum petang mak aku dan keperluan bapa aku… Lapkan badan bapa aku… Dah jadi rutin harian aku kat sini…

Kondisi bapa aku sekarang tidak menentu… Kadang2 tu dah nampak sihat, tapi kadang2 tu nampak teruk sangat keadaannye… Tapi apa yang nampak selarang, paru2 nye sangat2 tidak kuat… Kahak masih banyak di paru2… Susah untuk diperkatakan… Apa yang boleh aku lakukan sekarang cuma doa dan sokongan moral kepadanye… Caranye dgn sentiasa berada di depan matanye…

Aku akan tetap bergurau depan bapa aku supaya otak bapa aku akan berfikir dan memikir… Tidak boleh statik sahaja sekarang… Nanti lain jadinye… Time ni tengah mengacau anak buah aku Melly… Dia cukup marah kalau aku nak cium bapa aku dan berkata “Ini abah Pakngah…!!!”… Dan dia mesti cakap “Bukanlah, ini atok Melly…!!!”…

Oklah, ini kisah beberapa hari yang lalu… Hari ni macamana keadaan bapa aku, aku tak pasti lagi sebab aku baru nak ke Hospital hantar sarapan pagi mak aku dan barang keperluan bapa aku… Nanti aku update lagi….