Di mana2 wad hospital pun kalau sebelah malam sebenarnye keadaan dan urusannye lebih relaks dan tenang sajer… Tak macam sebelah siang, terlalu sibuk dengan staff, doktor2 dan tetamu…. Bermula dari pukul 12.00 tengah malam semuanye sunyi jer…. Sangat2 relaks ketika itu… Aku akan menemankan bapa aku di sebelah malam…. 

Tapi aku susah untuk lelapkan mata bila berada di hospital sebab akau akan sentiasa terjaga bila ada pergerakan pada tangan bapa aku… Kalau aku tidur, aku akan pegang tangan bapa aku…. So, bila ada pergerakan aku akan secara automatic akan terjaga…. Bila bapa aku terbatuk pun aku akan terjaga…. 

Time ni baru pukul 10.30 malam… Baru jer diberikan ubat untuk malam… Bapa time ni masih lagi dalam keadaan lemah… Itu tanda2 badan tengah melawan penyakit….

Dalam pukul 11.30 malam, nurse akan memasang alatan oksigen yang bercampur dengan ubat mencairkan kahak pada bapa aku…. Time ni selalunye bapa aku akan tidur…. Proses tersebut akan mengambil masa selama setengah jam… Lepas tu, alatan tersebut akan ditanggalkan….

Time ni baru lepas bagi susu untuk jadual 12.00 tengah malam…. Lepas bagi susu bapa aku tidak boleh terus dibaringkan… Kena ambil masa dalam 20 -30 minit, lepas tu barulah katil dibaringkan semula…. Takut air susu tersebut akan masuk ke dalam paru2…. Biasanye semasa beri susu bapa aku akan tidur… Macam orang lepas makan, mesti mengantuk dan tidur….

Time ni nurse dah mula tutup lampu… Tinggal lampu di kawasan reception jer yang bernyala…. Tak silap aku dalam pukul 1.00 pagi…. Tapi dalam pukul 3.00 pagi nurse akan berikan alatan oksigen sekali lagi untuk bapa aku….

Sebelum aku hantar mak aku balik ke rumah untuk berehat, aku biasanye akan makan malam dulu di kantin hospital…. Mak aku biasanye aku akan bungkuskan untuk dibawa balik ke rumah…. Malam tu bawa Melly dan adik aku Anor makan kat sana….

Aku order nasi goreng kampung dengan teh ‘O’ Ais, Melly nak kentang goreng dengan milo ais dan Anor nak makan burger dengan air tin soya…. Agak menarik juga kantin hospital Banting ni…. Lagi2 kalau makan tengahari… Murah sangat2….

Melly suka sangat sebab dapat makan kentang… Dia pun dah macam Usunye kuat makan kentang…. Apa2 jer pasal kentang tak jadi masalah untuk dia…. Yang depan tu aku yang punya….

Macam biasalah Melly bukannye nak duduk diam… Tak tentu arah dibuatnye…. Selesai semua santapan, baginda Sultan pun beransur ke kamar wad untuk mengambil bondanye untuk dibawa pulang ke istana…. Sampai sahaja di istana, Sultan Muzafar pun terus ke hospital semula… Takpe melengahkan masa… Inilah kisah dan cerita tentang diri aku dan aktiviti aku sekarang…. Jadual agak penuh sebenarnye dalam menguruskan bapa dan mak di hospital ni…. Itu belum lagi dalam keadaan cemas, bila mendapat panggilan dari hospital… Huiii Allah sahaja yang tahu… Jangan anggap senang yer….