Macam nilah rutin aku setiap hari sepanjang bapa aku berada di Wad 6, Hospital Banting…. Jadual susunye setiap 3 jam diberikan oleh aku dan bergilir2 dengan emak aku…. Seawal 6.00 pagi, 9.00 pagi (bersama ubat), 12.00 tghari, 3.00 petang (bersama ubat), 6.00 petang, 9.00 malam (bersama ubat) dan berakhir pukul 12.00 tengah malam…

Biasanye aku akan berikan susu kepada bapa aku pukul 12.00 tengahari (semasa bawa makan tengahari mak aku..), pukul 6.00 petang (semasa hantar minum petang) dan pukul 9.00 malam (semasa hantar makan  malam mak aku…)…. Time ni tengah menarik liquid untuk dapatkan bacaan pada picagari…

Lepas tu barulah boleh dimasukkan susu ke dalam tiub yang dipasang melalui hidung terus ke bahagian perut bapa aku… Kiranye macam bypass lah… Sebab kalau ikut mulut, kapasiti makanan yang ditelan oleh bapa aku sangat2 kurang… Jadi badan pastinye tak mendapatkan tenaga yang sepenuhnye….

Pada awal masuk wad dulu, doktor cuma benarkan jumlah air sebanyak 200ml dan 4 sudu susu sahaja… Lama kelamaan ianye ditambah sehinggalah sekarang 300ml dan 6 sudu susu….

Mula2 tu takut juga aku nak buat… Menggigillah juga tangan memegangnye…. Sekarang dah expert dah…. Tapi kena juga perhatikan mulut abah aku… Takut overflow atau perut tidak dapat menerima makanan… Boleh lemas…. So, kenalah masukkan sedikit demi sedikit…

Macam nilah keadaannye setiap petang aku di Hospital Banting…. Aku akan bawa Melly dan adik aku Anor untuk berjumpa dengan bapa aku…. Sebagai sokongan moral dan memberikan semangat untuk abah aku melawan penyakitnye sebenarnye…. Bila tengok gelagat cucu, sedikit sebanyak dapat juga otaknye berfikir dam memikir seperti aku nyatakan dulu… Itu adalah cara aku…
Apa2 pu sekarang ni, aku terus memanjatkan doa supaya abah aku dapat melawan penyakitnye dan pastinye harapan aku supaya beliau dapat sembuh seperti sediakala…. Insya-Allah kalau itu ketentuannye… Bagi aku, aku akan menerima segala berlaku dengan tenang dan penuh kesabaran… Ini sahaja satu2nye bapa aku di dunia ini….