Yang ni kisah aku minggu lepas…. Aku terpaksa meninggalkan bapa dan mak aku di hospital pada hari Ahad hari tu sebab ada hal yang tak dapat aku elakkan… So, aku angkutlah budak 2 orang ni ke Damansara…. Selain tu, nak bawa Melly jumpa maknye di Wad HUKM…. Maklumlah dah dekat 2 minggu tak jumpa….

Balik dari jumpa maknye di HUKM, aku bawa Melly pergi shopping barang dapur untuk wife aku pulak… Melly dapat RM50.00 dari maknye untuk beli susu dan pampers…. So, aku malas nak pergi Tesco sure ramai orang punya…. Jadi kitaorang shopping kat Jaya Groser yang berada dekat dengan office wife aku…. Orang tak ramai…. Senang nak bawak budak….

Macam biasalah Melly kalau sampai kat sini mesti dia nak masuk dalam bakul…. So tugas untuk Usunye menolaknye kali ini….

Apa yang diusik dan dibau oleh Usunye mesti diapun sibuk nak juga… Lepas tu tak reti nak duduk diam pulak tu…. Itu belum lagi dilepaskan di lantai… Lagilah susah nak kejar….

Settle aku shopping barang dapur untuk wife aku, lepas Maghrib tu aku, Melly dan adik aku Anor bertolak semula ke Banting…. Kesian dengan wife aku, terpaksa ditinggalkan lagi minggu ni…. Aku pun susah untuk berkata… Inilah dikatakan pengorbanan…. Nanti bila semuanye dah sihat dan urusan abah semuanye selesai, kita pergi melancong yer…😦