Inilah kerjanye Si Melly kalau datang ikut aku hantar makan malam mak aku di Hospital Banting… Mesti dia kacau mak aku nak makan….. Apa sahaja yang dimakan oleh mak aku mesti dia pun turut sibuk… Walhal dah makan dah kat rumah…

Budak2 memanglah macam tu… Nak makan secara berkawan…. Ini adalah gambar malam semalam sebelum aku balik ke Damansara…. Minggu ni sekali lagi aku kena balik ke Damansara sebab hari Sabtu ada meeting di Kuala Kubu Bahru…. Dahlah tu pukul 10.30 pagi pulak tu… Kalau aku bertolak dari Banting, penatlah pulak… So, Sabtu dan Ahad minggu ni sekali lagi aku terpaksa meninggalkan bapa dan mak aku di Hospital…. Aduiii sedihlah pulak hati…. 

Inilah gelagatnye anak buah aku sorang ni…. Minggu ni dia kena tinggal kat Banting dengan adik aku Anor…. Semua makanan untuk 2 hari ni telah aku sediakan… So pandai2lah korang uruskannye yer… 

Bila dah kenyang mulalah mentelnye sampai…. So, sebelum balik rumah singgah kejap kedai untuk belikan Melly stok ais krim… Sajer jer buat umpan nanti bila dia nangis…. Aku bertolak ke Damansara pukul 9.00 malam dari rumah mak aku… Elok nak bertolak mak aku call suruh beli tisu basah untuk bapa aku…. Dah beli terus hantar kat hospital, memandangkan dah pukul 9.00 malamjadinye mak aku suruh aku beri susu kat bapa aku malam tu…. Akhirnye waktu yang betul2 aku bertolak balik adalah pukul 10.00 malam…. Sampai Damansara pukul 11.10 malam…. Oklah nanti aku update lagi yer…🙂