Malam tadi aku takleh tidur pulak.. Selalunye dapat juga lelapkan mata sebarang sejam dua… Entah apasal pulak, panas kot… So, dalam pukul 4.15 pagi aku keluar wad kejap lepak2 bertemankan nyamuk2 yang kelaparan dan tidak berteman….

Sunyi sungguh kat kawasan hospital ni… Kadang2 tu ada juga rasa2 seram, lantaklah aku tak kacau engko… Lagi satu bilik mayat tak jauh dari wad bapa aku… Ada satu hari tu, pukul 2.00 pagi ada staff hospital sorong mayat orang bukan Islam depan wad abah aku… Dan kadang2 tu, black maria polis hantar mayat orang kemalangan ke sana… Selalu juga tengok…. Agak sibuk juga sebenarnye di Hospital Banting….
Buat masa ni aku masih berada di hospital menguruskan abah aku dan juga mak aku… Terpaksalah cuti tanpa gaji aku lagi kali ni… Nak buat macamana, itulah hakikatnye bila ibubapa aku kalau dimasukkan ke dalam wad…. Dah biasa dah, yang penting aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai anak…