Dalam menguruskan abah aku, keperluan yang lain pun tak dilupakan… Urusan makan minum mereka perlu dijaga… Aku tak masak, beli jer terus kat kedai atau kantin hospital… Nasib baik menu kantin hospital tersebut sedap dan menepati citarasa aku dan yabg lain… Hampir hari2 aku membeli kat situ… Tapi kadang2 tu muak juga, so berpindah pula ke kedai di pekan Banting… Sebelum2 ni aku jarang beli makanan kat luar, selalunye mak aku akan masak bermacam lauk di rumah…
Bila bapa aku dimasukkan ke wad barulah kali ini aku merayau2 seluruh pekan Banting mencuba makanan2 yg ada disekitarnye…

Tapi tempat yang aku akan selalu pergi adalah McDonald… Sebab melayan kerenah anak buah aku Melly dan adik aku Anor… Pakngahnye kacau sikit2 jer… Naik kenal dah dengan budak yang kerja kat McD Banting tu…

Tengah tunggu giliran… Malas nak beratur kat dalam… Boleh dapat VIG free kalau melalui drive thru… Yang free tu selalunye aku punya… Hehehehe…. So, itulah kehidupan aku sekarang ni dalam menguruskan family…
Yang lain… Hurmmmm haram…. Lagi ambil kesempatan ada…