Hari ni masuklah 40 hari abah berada di Hospital Besar Banting bertarung nyawa melawan penyakitnye yang dihadapinye… Antibiotik, ubat tahan sakit, ubat cairkan kahak, ubat demam, air garam, calsium dan beberapa lagi ubatan sentiasa sahaja diberikan pada abah aku… Sekarang ni hampir setiap malam aku menemankan bapa aku… Setiap kali tidur di hospital ni, aku jarang lena hinggalah pagi… 
Tiap kali abah aku batuk, tiap kali abah aku sedu dan tiap kali abah aku menghembuskan nafas panjang pasti aku akan terjaga dan terus mengadap mukanye…. Kegusaran yang sangat tinggi tersemat di hati aku sekarang ni, lagi2 setelah mendengar penerangan terperinci dari doktor tempohari….
Abah aku ni seorang yang kuat melawan penyakit dan seorang yang sangat tinggi jati diri juangnye… Seorang yang sangat kuat semangat…. Mungkin itulah sebabnye beliau masih bertahan setakat hari ini… Itu semuanye adalah ketentuan Ilahi… Ini bahagian dia yang telah ditentukan, esok lusa bahagian kita pula…. 

Ini juga sebagai ujian untuk diri aku sebenarnye, menyukat nilai diri supaya insaf dan mengambil ikhtibar dengan apa yang sebenarnye yang berlaku…. Segalanye berlandaskan tanggungjawab dalam diri dan didikan dari abah juga sebenarnye… Itu tidak dinafikan… Doakan kesihatan abah aku yer agar semakin baik dan pulih sepenuhnye hendaknye…. Insya-Allah…