Entry aku untuk kali ini masih lagi berkisarkan kehidupan aku dalam menguruskan abah aku di hospital…. Kali ini penyediaan peralatan untuk abah aku bila di rumah nanti… Walaupun tidak pasti bila akan dapat keluar memandangkan kondisi abah aku masih dalam pemerhatian rapi lagi… Hanya yang dapat aku doakan dan harapkan, abah dapat pulang ke rumah semula….

Peralatan2 ini aku dapatkan dari Shah Alam 3 minggu lepas…. Cuma baru2 ini baru aku test dan buka kotaknye…. Manalah tahu kalau2 abah aku boleh keluar wad…. Dan yang pastinye peralatan ini dapat berfungsi dengan baik….

Peralatan yang pertama adalah Suction Unit… Mesin ini adalah untuk menyedut kahak… Ada teknik yang perlu dipelajari tentang cara menyedutnye… Itu semua dah aku khatam di hospital sekarang ni… Itu pun belajar dengan doktor fisio dan juga staff nurse yang bertugas di wad abah aku…. Ngorat sorang dua nurse, lepas minta dia ajarkan caranye… hehehehe….

Inilah rupabentuk dan harganye…. Amat2 berguna untuk pesakit yang menghadapi masalah paru2 yang dijangkiti kuman… Bila paru2 ada kuman, kahak akan sentiasa produce dan banyak…. Paru2 akan bermasalah untuk mengepam udara, so sangat susah untuk pesakit batuk atau mengeluarkan kahak seperti kebiasaannye… Dengan bantuan alat ini, kita sendiri akan menyedut kahak tersebut dari kerongkong pesakit…

Ini satu lagi gadget penting yang kalau boleh kena ada untuk pesakit yang tak dapat bangun atau terlantar baring sahaja di rumah… Pressure Pad atau tilam udara…. Sangat2 penting untuk orang tua yang terlantar baring…. Ia seperti tilam angin, tapi permukaannye berbonjol2 yang memberi ruang udara dan juga urutan lembut pada pesakit… Tilam ni kalau di hospital mesti ada…. 

Aku dah try dah baring atasnye… Memang selesa dan ianye seakan2 bergerak mengurut permukaan belakang kita… Tapi sentiasa kena hidupkan pump unitnye 24 jam…. Semua ini telah disarankan oleh pihak doktor untuk aku sediakan sebelum abah aku dibawa balik ke rumah…. Lega hati aku semua peralatan penting dah ada dan sekarang ni dah macam kat hospital dah rumah mak aku…. Cuma katil hospital jer aku belum cari lagi…. Tengah usahakan juga lepas ni…. Untuk kesenangan mak aku juga untuk menguruskan abah aku nanti… Tapi katil tersebut sangat2 mahal, masih dalam kerja2 survey lagi sekarang ni….

Yang ni juga alatan2 penting iaitu sarung tangan getah dan juga tiub yang akan disambung pada Suction Machine di atas tadi… Penggunaannye cuma sekali dua sahaja yang dibenarkan.. Lepas tu kena buang terus… Takut ada kuman….

Tak kiralah alatan tadi akan digunakan atau tidak, yang penting aku kena sediakannye terlebih awal supaya tidak kelangkabut nanti… Bukannye ada dijual di kawasan Banting ni…. Kalau ada pun kena order dulu dan 2-3 hari baru sampai…. So, aku harapkan abah aku dapat balik ke rumah seperti sediakala hendaknye… Insya-Allah…