Tahun ni merupakan tahun yang mana Allah SWT menguji sekali lagi family aku…. Ujian demi ujian aku tempuhi…. Bermula dari abah dikejarkan ke wad kecemasan tempohari dan sekarang ni masih berada di Hospital Besar Banting, manakala seorang lagi keluarga aku iaitu adik aku Azu (mak Melly) juga berada di wad Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) tak lama lepas bapa aku masuk wad….
Terpaksa ditahan di wad sehingga bersalin… Adik aku ni tengah mengandung anak ke dua, tapi selepas discan tempohari didapati urinye ke bawah… So, doktor beri arahan untuk tahan wad sehingga bersalin…. Itu pun terpaksa bersalin awal…

Time ni waktu aku datang melawat dia di HUKM bersama Melly, wife aku dan adik bongsu aku Anor… Aku curi2 lari ke HUKM, tinggalkan bapa aku kejap di wad dengan mak aku…. Berat sebenarnye nak tinggalkan bapa aku…. Tapi atas nasihat mak aku, aku lari juga kejap untuk tengok adik aku pulak… Kesian aku tengok dia…. Tak dapat melawat bapa aku yang sekarang ni dalam keadaan kritikal lagi…. Tapi dialah family aku yang sangat rajin telefon mak aku… Tiap2 hari dia call tanyakan pasal abah…. 
Dunia dah canggihkan, so macam2 cara kita dapat berhubung untuk bertanyakan khabar… Call boleh, MMS boleh dan Video Call pun boleh…. Telefon kalau banyak dan terlampau canggih pun tak guna, kalau tak dapat bertanya khabar mak bapa di kampung atau di hospital…. Baik buang jer, atau buat2 call diri sendiri jer…. Tunjuk kat orang yang aku ni ada telefon canggih…. Tapi aku respect dengan  adik2 aku ni…. Ada yang tua pun tak berikan teladan yang baik, dah aku persetankan dah dalam diri aku…. Biarlah dia dengan dunia labu-labunye…. 

Masa ni Melly excited dapat jumpa mamanye…. Ke hulu hilir dalam wad… Kejap duduk atas katil mama nyelah,  kejap2 buka kabinetlah, nak minumlah dan macam2 lagi…. Tapi hari aku dapat call dari adik aku yang kandungannye ada masalah sikit, jantung baby lemah sikit hari ni… Dia dah mula risau… Aku kata kat dia, ini mesti dia banyak berfikir ni…. Mana taknye, anak mana yang tak risau bila bapa masuk wad dan berada dalam keadaan kritikal sekarang ni…. 
Siapa kata takde, aku ada contoh apa, anak yang tak kenang budi dan buat tak tahu jer bapa sakit….!!! Takpe, dunia ni macam roda… Bila sampai masanye nanti, korang fikirlah sendiri tapi janganlah pulak menyesal dengan takdir Ilahi nanti…. Masa sangat2 pendek sekarang ni… Itu tandanye akhir zaman semakin hampir pada kita…. Masya-Allah takutnye aku sekarang ni….😦