Alhamdulillah…. Pejam celik, pejam celik dah masuk hari Jumaat dah hari ni… Tapi minggu ni aku dengan mak aku cadang nak buat sedekah sikit… Ala2 kadar jer… Takdelah apa sangat benda yang nak disedekahkan… Mak aku tempah donut dari salah seorang nurse yang bertugas menjaga bapa aku di wad  … Nurse ni buat part time sesiapa yang nak tempah kuih atau donut saiz XL…. Sajerlah tempah dengan dia, selain membantu pendapatan mereka ni… Lagi satu sebagai balas jasa mereka juga sebenarnye…

3 minggu lepas aku sedekah kat pantry nurse air kotak 2 pak… Buat minum2 bila mereka berehat… Seronoklah mereka bila ada orang menghargai… Samalah dengan diri kita sendiri… Kalau ada sesiapa yang menghargai apa yang telah kita lakukan, hati siapa yang tak senang dan suka… Macam tu jugalah bagi diri aku, so apa salahnye kita buat sesuatu atau belanja sesuatu untuk mereka2 ni…

Ini kali kedua mak aku tempah dengan nurse ni… Dulu pun tempah pasal nak sedekah kat orang juga… Tapi kali ni tempahan donut ni untuk jiran2 aku yang hampir setiap hari datang melawat bapa aku di wad… Tak kira masa, tengah2 panas pun diaorang datang, dalam hujan2 pun diaorang singgah… Itu yang aku terharu tu, dah lah tu bukan naik kereta, jalan kaki ramai2…. Itulah dikatakan jiran sejati… 

So minggu ni, donut untuk mereka… Minggu2 lain aku bagi yang lain pulak…. Untuk minggu ni 6 orang akan aku berikan… Tapi dalam gambar tinggal 5 jer, sebab malam semalam aku dah bagi dah… Kebetulan mereka lalu depan rumah, so aku bagi teruslah… Senang sikit kerja hari ni….

Dah stanby kat dapur mak aku, tinggal nak bagi jer kejap lagi…. Donut tu besar sebenarnye… Saiz XL… Kalau nak saiz XXL pun boleh dia buatkan… Jenuh pulak aku nak cari bekas plastik nanti… Ini pun bekas yang paling besar sekali aku beli… 4 biji dah naik penuh dah… Belum lagi XXL, mahu 2 ketul jer yang dapat masuk… Selamat Berhujung Minggu…