Dari bilik pengasingan di wad, kemudian ke dewan bedah…. Mencemaskan dan membuatkan jantung aku berdenyut laju… Ya-Allah selamatkanlah semuanye dan Engkau berikanlah yang terbaik kepadanye dan juga kepada seluruh keluarga ku…

Penantian memang satu penyeksaan… Sebab kita tidak mengetahui apa yang berlaku… So, atas perkara2 sebeginilah yang kita yang masih hidup ini perlulah sedar akan perkara yang telah kita kerjakan selama di dunia ini… 
Jangan menongkat langit, jangan anggap kita sahaja yang betul, mesti ada sebab sesuatu perkara itu berlaku… Cuma samada kita ni sedar atau tidak, atau kita ni terima dengan segala kritikan atau teguran orang, itu bergantung pada iman yang ada di dalam hati masing2… Kalau teguran baik pun dianggap negatif, susahlah nak membentuk diri…. 
Mungkin balasan Allah di dunia ini yang boleh mengubah seseorang… Tapi kalau itu berlaku, agak terlambat bagi aku… Kalau balasannye sementara takpe, tapi kalau kekal selamanye, Masya-Allah… Nauzubillahiminzaliq…  Sebab Allah telah suratkan dengan apa yang telah tersirat…. Kita renung2kanlah yer….