Ini sambungan dari entry yang lepas… Kisah aku menguruskan family… Khamis tu aku ke HUKM seawal pagi… Sebab seorang ahli keluarga aku akan menjalani operation hari tu… So, pukul 8.00 pagi lagi aku dah tercogok kat wad… Aku sangat2 letih hari tu sebenarnye sebab malam tu aku jaga bapa aku di wad Hospital Banting… Bila aku menjaga bapa aku, maknanye aku tidak akan tidur…. Dah jadi kebiasaan aku bila giliran aku menjaganye… Risau kalau2 ada apa2 yang berlaku…
Seawal pagi aku dah bertolak ke HUKM sebab hari tu (22 Julai 2010-Khamis) aku akan menerima seorang lagi ahli keluarga aku… Aku dapat anak buah, anak buah kali ni lelaki pulak tu… Dahlah family aku ni kecil… Dan lelakinye pun kurang, so satu kegembiraan untuk aku sebenarnye…. Nanti boleh ajar dia pergi memancing dengan pakngahnye… hehehehe….

Adik aku sorang ni yang nak bersalin, mak si Melly, tapi bersalin awal sebab kondisinye sebenarnye tak berapa bagus… Kalau ikutkan ia pada tahap kritikal juga… Sebab urinye di bawah…. Kalau ikutkan jadual yang telah diberikan adalah pada 9 Ogos 2010 ni… Tapi mungkin doktor telah membuat pemerhatian teliti, maka operation terpaksa di awalkan mungkin faktor2 yang boleh membahayakan nyawa kedua2nye… Itu pun setelah incubator direservekan… Aku pun dapat tahu sehari sebelum hari Khamis tu…. Agak kelangkabut juga aku menjadualkan semula program aku…. Dan atas permintaan mak aku supaya temankan adik aku dan mak aku akan jaga bapa aku di hospital… Berat juga sebenarnye untuk aku buat keputusan… Tapi nak buat macam mana, dua2 penting dalam hidup aku… 
 Hari tu setelah pakar bius buat checkup semula pada adik aku pagi tu, pukul 10.00 pagi nurse pun menyorong adik aku ke dewan bedah di tingkat yang sama dengan wad…. Time tu sedih pula rasanye… Iyerlah nak bertarung nyawa…. Adik aku akan bersalin secara operation tapi uri akan dikeluarkan secara normal… Aduhhh seksanye dia kali ni….

Sempat juga tunjuk tanda GOOD pada aku, bagi signal ok dan telah bersedia untuk masuk dewan bedah…. Aku suruh dia ingatlah apa yang patut untuk mengharunginye… Walaupun adik aku ni lembik, tapi macam2 perkara telah diharunginye…

Dari pukul 10.15 pagi adik aku masuk ke dalam dewan bedah… Dekat pukul 12.30 tengahari baru nampak nurse sorong katil masuk ke dewan bedah… Itu bermakna ada pesakit telah selesai menjalani operation… Tapi tak tahu siapa.. Sebab hari tu ramai juga yang masuk… Tepat pukul 12.30 tengahari adik aku keluar dari pintu dewan bedah… Adui lega hati aku…… Akhamdulillah semuanye selamat…. Bila tanya pasal baby kat nurse pulak, nurse kata tanya pada doktor nanti…. Apasallah pulak ni….

Sampai di wad rupanye suami adik aku dan si Melly ada tunggu kat situ… Aku suruh dia pergi tanya baby pada doktor dan aku uruskan adik aku dengan Melly…. Alhamdulillah…. Melly punyalah riang bila tengok mamanye dah balik bilik…. 

Tengoklah Melly berkepit jer tepi mamanye… Walaupun kena marah juga dengan pakngahnye sebab dia maiun dengan dengan wayar2 dan tiub2 yang melekat pada badan adik aku….

Time ni adik aku tengah menahan kesakitan lagi sebab dia dibius satu badan… Kalau separuh badan agak ok sikit sakitnye…. Maklumlah kat perut pun operate dan bawah pun luka juga… Kesian sungguh aku tengok… Tak lama lepas tu adik ipar aku datang dan katakan yang baby sihat walaupun doktor pakaikan alat bantuan pernafasan… Budak tak cukup bulan sebenarnye…. Baru 8 bulan nak masuk 9 bulan…. Sebab jadual terpaksa diawalkan…
Lepas tu nurse bagitahu yang adik aku akan dipindahkan ke ketil luar sebab kalau dalam bilik pengasingan sukar untuk nurse monitor dari jauh… Tak nampak… So, berpindahlah adik aku ke katil 13, Wad 1A (Nilam)….

Adik aku tengah dimonitor oleh nurse sejurus dipindahkan keluar…. Time ni adik aku dah macam semacam jer… Aku tengok pun dia macam khayal sikit dan tidur…. Bila nurse check pada luka, nurse tu macam agak panik… Apasallah pulak ni….

Tak lama tu seorang demi seorang nurse sampai dan kelangkabut call doktor…. Mereka berligar2 kelilingkan adik aku…. Ya-Allah apa lagi ujian yang engkau berikan pada adik aku ni…. Nanti aku akan ceritakan apa yang terjadi pada adik aku lepas tu dalam nexy entry…. 😦