Alhamdulillah syukur aku kepada Allah SWT…. Hari ini genap 50 hari abah aku berada di wad Hospital Banting… Walaupun badannye stabil tetapi penyakit yang dihidapinye masih dalam tahap kritikal…. Hanya semangat dan kecekalan beliau untuk melawan penyakit sangat2 aku respect…. Di sini abah aku dijaga dan diberikan perhatian yang amat baik sekali oleh nurse yang bertugas… Terima kasih aku ucapkan… Dan ada yang telah menganggap abah aku bagaikan bapa mereka….
Dan dalam 50 hari inilah aku memendam rasa, kesabaran teruji dengan sikap adik beradik aku yang seramai 4 kerat sahaja…. Family aku tak besar sepertimana orang lain…. Tapi pelbagai perangai, pelbagai kerenah dan pelbagai lagi sifat yang kurang senang aku telan…. Aku diam… Cuma strategi dan psikologi sahaja yang membezakan aku dengan adik beradik aku yang lain… 
Aku tak mudah marah, aku tak mudah melenting, aku tak mudah melakukan sesuatu secara membabi buta (babi jer yang buat bila keadaan tertekan), aku tolak ego aku jauh2 dalam menangani sesuatu perkara, aku akan berfikiran positif dan aku akan bersikap rasional semasa menyelesaikan masalah…. Itulah sikap aku yang diterapkan oleh bapa aku selama ini dan juga menggunakan pemikiran sendiri yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT… Aku akan berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT sahaja… Sebab aku masih ingatkan dan sayangkan Tuhan… Aku takut Allah tinggalkan aku, bila ini berlaku dengan mudah pelbagai kepayahan akan diberikan… Rezeki kita akan ditarik, kita akan hilang pekerjaan, kesihatan akan diberikan dan pelbagai lagi kepayahan akan kita rasai… Itu semuanye sebagai penyedar dalam kehidupan…

Setelah 50 hari abah aku berada di hospital, pelbagai usaha dan strategi aku lakukan dalam menarik perhatian adik beradik aku…. Betul aku kata, blog ni amat membantu usaha aku sebenarnye… Dalam 50 hari ini, banyak entry aku berunsurkan sindiran dan teguran… Itu sebenarnye aku tujukan pada salah seorang ahli keluarga aku dan familynye…. 
Boleh pulak bapa sakit dia tak datang menjengok di wad… Dalam 50 hari tu, ke mana perginye mereka…??? Betul2 pada hari pertama dan beberapa hari lepas tu sahaja datang menjengok…. Lepas tu senyap, langsung tak bertanya khabar….!!!  Miss call sekali sahaja pada 17 Jun 2010… Sekarang ni dah 26 Julai dah…. Kalau call pun ada pulak pakai wakil2, itu pun 2 minggu lepas… Itu pun bukannye tanya pasal atoknye, tanya mana pulak sepupunye…. Call pun dah dekat tengah malam, mak aku dah tidur sebab keletihan baru balik dari wad… Orang tersedar dari tidur bila bercakap, korang faham2lah… Itu pun boleh jadi isu layan tak layan… Hati kalau dah busuk, macam tulah semuanye dianggap negatif….
Yang betul2 aku tak puas hati tu, boleh pula dia katakan yang kitaorang ni taknak bertanya khabar… Kenapa pula nak bertanya khabar… Masalah abah aku lebih rumit dari itu…. Dua kali abah aku bertarung nyawa hari itu, dua kali naik ambulans ke wad kecemasan… Seminggu abah aku dapat balik rumah… Kemudian masuk balik dengan penerangan doktor yang boleh menjatuhkan jantung aku sebenarnye… Takkan bila abah aku dah meninggal baru nak  datang… Atau itulah berita yang dinantikan…. Ada siapa yang bertanya khabar…??? Perlukah aku nak bertanyakan kepada orang yang lebih sihat…. Tidak perlu… Itu tanggungjawab masing2 sebenarnye… Sebab tiada siapa yang tahu bagaimana dan masalah yang berlaku dalam aku menguruskan abah aku…. 
Sebab mereka tak pernah membelanye… Cuma aku, mak dan adik aku Anor yang tahu rumitnye menjaga abah aku sekarang ni…. Apa yang mereka nampak semuanye telah siap, sebab itu cara aku menguruskan kedua ibubapa aku… Dari segi kebersihan diri, mandinye, lapnye, cuci lukanye, sedut kahaknye, cara tidurnye, ada mereka turut serta…??? Takde… So, jangan nak menilai orang bila sewenang2nye tanpa mengetahui apa yang berlaku… 2 kali abah aku hampir tercabut nyawanye dalam melawan penyakit, hanya aku sahaja yang tahu…. Mereka memang betul2 melepaskan tanggungjawab mereka dengan beranggapan yang aku boleh handle semuanye… Memang aku mampu buat semuanye dan aku tak pernah bergantung dengan mereka pun selama ini… Mahupun wang ringgit, tak pernahpun aku minta… Aku ada cara aku sendiri untuk mencari duit… Rezeki Allah Taala… 

Setelah 50 hari aku usahakan dalam blog maka hari ini akhirnye seseorang ini datang juga melawat abahnye yang tersayang…. Setelah aku bertindak bersendirian memperli dengan kata2 sindiran dalam entry2 aku, mungkin terasa hatilah kot… Walaupun 10 minit dengan muncung yang panjang, dengan deraian airmata (tak pasti sedih pasal apa)… Bisikan alasan yang diberikan ke telinga abah aku…. Itu antara engkau dengan abah aku…. Antara engkau dengan Allah SWT itu aku tak tahu…. Aku doakan untuk adik beradik aku sekarang ni agar semuanye baik2 belaka…
Tapi apa yang aku usahakan selama ini telah membuahkan hasil…. Datang juga akhirnye setelah panas telinga dan bontot… Itu sebenarnye yang aku harapkan…. Biarlah kalau ada dosa dengan abah, hari ini telah selesai… Tapi dosa dengan tuhan, bukan aku sebagai hamba-Nya yang menentukan…. Janji tanggungjawab aku dengan family aku telah selesai… Itu terpulang pada diri masing2…
Aku hairan, zaman sekarang pelbagai kemudahan, pelbagai frasarana, pelbagai infrastruktur, pelbagai teknologi yang diwujudkan dan direka, bukan untuk menyusahkan dan merumitkan lagi kepenggunaaannye… Ia sebenarnye untuk memudahkan lagi kita dalam menghubungkan sesuatu perkara dan keadaan… Mengapa itu alasan yang diberikan kepada ibubapa kita dalam menjalankan tanggungjawab semasa kita di zaman ini… Itulah yang menghairankan aku sebenarnye…. 
Apa yang aku ceritakan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa… tetapi sekiranye kita ini berfikiran positif dan bersikap rasional… Semua yang aku buat dan sampaikan adalah untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik… Bukan bila kena sindiran atau kata2 puitis aku ni, kita perlu melenting tak tentu pasal… Nampak tak apa yang telah aku lakukan itu, akhirnye hari ini situasi telah berubah…. Itu yang sangat aku harapkan… Setiap kali sembahyang, aku akan doakan untuk mereka supaya terhapuslah dosa2 mereka ini ketika di dunia ini… Aku takut akan azabnye kelak…. Selesai sudah tugas aku di dunia ini untuk seketika…. Ya-Allah berikanlah kesihatan kepada aku dalam menguruskan kedua ibubapa aku sekarang ini serta adik beradik aku yang lain…. Amin….