Hari ini aku nak war2kanlah yang aku dah dapat anak buah baru minggu lepas… Anak ke dua adik aku Azu (Mak Melly)… Yang buat aku kelangkabut ke hulu ke hilir minggu lepas… Alaaaa entry ‘Operation Tersebut Mencemaskan Aku’ tempohari…. Kiranye semalam genap seminggu usianye…. Lahir pada 22 Julai 2010 (Khamis)…. Berat 1.82 kg jer… Kecik jer budaknye sebab tak cukup umur (8 bulan jer sebab ada masalah, tu yg doktor awalkan tu)… Masa ni doktor pasangkan alat pernafasan dan tiub untuk minum susu…..
Gambar di atas ni gambar beberapa jam lepas lahir dan diletakkan di dalam incubator…. Ni kalau dapat keluar ni, pasti tak tentu arah ni…. hehehehehe…. Namanye Raja Muhd Harris Emran Bin Raja Iskandar Syazrim Syah… Panggilan aku untuk dia lepas ni Raja Kecik…. Family aku yang lain panggil apa aku tak tahulah… Masih belum berjumpa lagi dengan pakngahnye sebab masih dalam incubator… Sampai bila tak tahu lagi…. Tak sabar ni….
Dan beberapa hari yang lalu bapanye MMS kan aku gambar terbaru…. Jeng…Jeng… Jeng….. Ada kat bawah ni….

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Haaa ni dia budak tu…. Dah pandai teleng2 kepala lagi…. So, tahun ni bertambahlah family members aku…. Dan parahnye, bertambah duit raya untuk tahun ni….. Kopak…. Tahun ni aku cadangkan jumlah duit raya tahun ni diberikan secara timbang… Siapa paling ringan akan dapat banyak… Hehehehe…  So, ada masa sebulan lagi untuk mengurangkan berat badan yer untuk yang berkenaan…… πŸ™‚

Oklah tahniah kepada adik aku Azu dan Iskandar kerana mendapat anak kedua… Dah cukup sepasang dah…. Untuk menjamin kesihatan dan nyawa, terimalah 2 orang yang tersayang dengan seadanye… Tahniah sekali lagi….. Aduiiii tak sabar ni….!!!!
Advertisements