Hari ni baru masuk 2.0kg…. Zahir hari tu 1.82kg… Macam tulah rupanye kalau budak tak cukup bulan…. Kecik sangat… Sebelum ni aku tengok anak2 buah aku semuanye 2.5kg ke atas… Kali ni bawah 2.0kg… Sebab tulah aku pangggil dia Raja Kecik….

Suntikan imunisasi pun belum diberikan lagi… Sekarang ni bila dah masuk 2.0kg, barulah boleh semua2nye diberikan… Siang tidur dan malam berjaga… Semasa entry ini ditaip, dia tengah minum susu dalam bilik… Moga cepat besar dan sentiasa sihat yer… Nanti Pakngah ajar pergi mancing yer… Hehehehe…. 🙂