Entry ini terpaksa diupdate semula setelah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah membuat semakan semula bahawa umur mak aku sebenarnye baru masuk 59 tahun… Bukan 60 tahun seperti yang diwar2kan… Mak aku mengantuk kot pagi tadi bila ditanya dah masuk berapa tahun hari ni…!!!

Hari ni genaplah umur mak aku ke-59 tahun…. Sekejap jer masa berlalu… Dan dalam kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir Ke-59 Tahun…. Terima kasih kerana masih senantiasa menjaga anak mu ini dan anak2 yang lain dengan penuh kasih sayang…. Maaf sekiranye anak mu ini tidak cukup memberikan perhatian atau sebagainye seperti emak sediakan untuk kami dahulu…
Banyak pengorbanan yang telah mak aku lakukan sepanjang aku bergelar anak… Terlalu banyak sehinggakan aku mengakui yang aku tak mampu lakukan seperti mana beliau lakukan untuk kami… Tak terbalas rasanye, terlalu banyak bersabar dan terlalu banyak yang disimpan di dalam hatinye dengan kerenah anak2 yang tak berapa kerat ini… 
Dan pengorbanan yang sangat besar yang aku nampak sekarang ini adalah sangat setia dalam menjaga abah aku sejak abah aku sakit… Tak pernah berenggang walau seketika, kalau berenggang pun pasti tidak lelap matanye dalam tidur… Terlalu setia, itu yang aku nampak dan aku kagumi…. Insyallah aku akan jaga emak selagi kesihatan aku tidak terganggu…. Sekali lagi anak mu ucapkan Selamat Harijadi Ke-59… Moga Diberikan Kesihatan Sepenuhnye…. Amin…