Bila masuk jer minggu ke tiga dalam bulan Ramadhan, pasti aku akan teringat tentang kejadian yang berlaku dalam diri aku…. Untuk kali ni aku nak cerita tentang kenakalan aku dalam bulan Ramadhan… Kebanyakkan berkaitan dengan bunga api dan mercun…
Alhamdulillah sampai ke hari ini aku masih cukup jari dan tangan…. Kisah ini berlaku ketika itu aku darjah 4 atau darjah 5…. Memang tiap2 tahun bapa aku akan memperuntukkankan untuk aku dan adik aku Azu (mak Melly) sejumlah duit untuk beli bunga api dan mercun… Kadang2 tu seorang dapat RM150.00…. Tapi time membelinye bukanlah kitaorang, dah pastinye bapa aku…. Seingat aku sejak aku berakal lagi bapa aku dah belikan untuk aku dan adik beradik aku….
Nak dijadikan cerita dalam sejarah hidup aku dan juga peringatan untuk diri aku supaya dengar kata orang tua… Kisahnye macam ni… Bapa aku belikanlah seperti biasa untuk aku bunga api dan mercun…. Siang tu tak sabar2 nak main dan bakar mercun tu…. Terbawa2lah semangat untuk main tu sampai ke waktu buka puasa…  Salah satu dari mercun tu adalah Mercun Das, nama sebenar yang lain aku tak tahu…. Tapi namanye tak kena dengan bunyinye pun… Patutnye Mercun Tus-Tus… Langsung takde pun bunyi das-das…. Entah lantaklah….
Mercun aku dah sediakan di luar rumah, kononnye senang nak main lepas buka…. Mak aku dah cakap dah, main lepas Isyak… So, ada orang boleh perhatikan…. Dalam hati aku memberontak, nak main juga…. Selesai jer buka puasa, aku pun tak lengah lagi terus ke depan rumah…. Mak aku kata janganlah main dulu… Tapi aku degilkan diri…. Sampai depan rumah terus capai mercun das tu… Terus bakar dan mainlah aku dengan bersungguh2… Satu demi satu aku bakar…. Tak silap aku satu batang tu boleh keluar mercunnye sebanyak 20 das…. Wah punyalah seronok main tak hingat donia…. Time tu budak2… Kalau sekarang ni seronok bagai nak rak, aku tak tahulah nak cakap apa….
Sampailah mercun das batang yang ke empat, aku pun bakar macam biasa… Das pertama cantik jer keluarnye, das kedua pun sama, das ketiga lagi cantik….. Tapi bila sampai das ke empat, tak keluar2… Asap jer yang ada, aittt takkan padam kot….. tunggu lagi dalam 4-5 saat sambil pegang batang mercun tu…. Tiba2 yang aku sedar aku dah tersandar kat pokok mangga tepi tempat aku main tadi sambil terpinga2…. Yang aku sedar mak aku dengan bapa aku datang sambil mulut terkumat kamit bercakap sesuatu dengan aku… Aku buat tak tahu jer sebab aku tak dapat dengar apa… Bunyi berdesing jer kat dalam telinga….. Dah dekat 10 minit tu baru sikit demi sikit telinga mendengar semula…. Tangan kebas2…
Ambik engko…!!!! Rupanye mercun yang aku pegang tu tersumbat dan meletup kat tangan aku…. Berkecai batang mercun tu hampir 3/4 bahagian…. Cuma tak sampai kat area tangan aku jer…. Kalau tak pasti aku takleh nak memblog macam sekarang…. Bapa dan mak aku jangan cakaplah marahnye…. Jiran2 pun keluar tengok apa yang berlaku…. Diaorang kata punyalah kuat bunyinye…. 
Sejak kejadian tu, sampailah sekarang ni, aku sangat2 fobia dengan mercun Das… Kalau adik2 aku nak main pasti aku akan menyumbatnye dalam tanah atau pada botol…. Janji tak pegang dengan tangan…. So, ambil pedoman dengan apa yang aku ceritakan ni yer…. Yang penting dengar cakap orang tua, nanti masin mulut mereka… Kita yang masam mulut nanti…. Ada lagi cerita pasal mercun untuk aku kongsi bersama dengan korang dalam next entry….