Alhamdulillah dah masuk hari ke -18 kita berpuasa…. Sekejap jerkan… Bagi aku tahun ini merupakan tahun paling cepat dalam diri aku… Sekejap jer lagi dah nak raya… Tapi tahun ini kemungkinan satu perubahan besar akan berlaku dalam hidup aku dan seluruh family aku…. Perubahan yang jarang dan mungkin orang lain takkan terfikir….
Oklah hari ni aku nak cerita sikit tentang barang2 yang perlu untuk kerja2 Dressing atau cuci luka kata orang Melayu kita… Barang2 ni sangat2 penting, dan apa yang korang tengok dalam gambar di atas adalah barang keperluan abah aku untuk dressing setiap hari… Korang mesti fikir apa penyakit yang dihadapi oleh abah aku selama ini atau ketika ini… Bapa aku menghidap satu penyakit yang biasanye akan berlaku pada orang tua yang terlantar baring… Panggilan penyakit tersebut kalau aku tak silap ‘Luka Tekanan’ atau dalam in term medical dipanggil ‘Backsore’.. Entah betul ker aku taip ni aku tak pasti… Nurse2 diluar sana sila betulkan…

Itulah azab yang bapa aku tanggung sekarang ni…. Penyakit ni berpunca dari lecetan pada bahagian pinggang bapa aku… Pada luaran kita akan nampak semacam lecetan biasa dan kering tetapi rupanye di dalamnye sel2nye telah busuk dan rosak sehingga ke tulang belakang bapa aku…. Dan kuman nanah yang terdapat di dalam kulit tersebut sebenarnye telah menular masuk ke dalam darah bapa aku…. 
Cara untuk merawatnye, doktor terpaksa membuang sel2 yang telah rosak sehingga sampai ke tulang belakang bapa aku… Ketika operation dijalankan aku dengan mak aku ada di situ dan melihat sendiri opertion tersebut dijalankan… Rasa nak pengsan aku tengok doktor mengeluarkan sel2 yang rosak…. Takutnye Allah sahaja yang tahu… Dahlah aku ni takleh tengok darah banyak2…. Operation tersebut dibuat secara mengejut sebab kuman telah masuk dalam darah bapa aku ketika itu…. Itupun 2 hari selepas dimasukkan ke dalam wad… Alhamdulillah sekarang ni sel2 dan daging telah tumbuh semula dan cuma untuk pembentukkan kulit sahaja… Yang aku nampaklah setakat ni… So, dressing perlu dibuat setiap hari untuk memastikan tiada kuman yang duduk lepak pada luka tersebut….
Apa yang korang tengok di bawah ni adalah barang2 dan jumlah yang diperlukan untuk kerja2 Dressing setiap hari… Bagi nurse barang2 ni dah biasalah diaorang tengok dan panggilannye….

STERILE POWDERED SURGICAL GLOVES 
Yang ni benda paling penting bagi aku, sarung tangan yang telah disterilekan… Bukan yang banyak2 dalam kotak tisu yer… Yang ini biasanye untuk operation… Digunakan sekali sahaja lepas tu buang… Buatan Malaysia tau… Ingat Malaysia sekarang takde ker benda2 macam ni…

BASIC DRESSING SET
Yang ni pulak beberapa barang u ntuk kerja2 cucian…. Ada tray, pengepitlah, kapas, plastik bag dan macam2 lagi…. Pun sangat penting… Digunakan sekali lepas tu buang terus…. Ada satu lagi guna tray besi, tapi lepas guna kena hantar cuci dan disterilekan semula…. Yang ni jimat kos…

SOLCOSERY JELLY 10%
Setelah luka dicuci sebaik mungkin, mereka akan sapu ubat ini untuk tujuan membaikpulih semula sel2 yang baru nak tumbuh…. Ubat ini agak mahal juga bagi aku sebab penggunanye untuk 2 kali setiap tiub… Sebab luka bapa aku besar…. Harga RM22.00 satu tiup… Sebenarnye sebelum ini ada satu lagi jenis ubat yang digunakan… Namanye Deoderm Gel, sangat2 berguna untuk pembentukkan sel2 badan kita… Dihentikan setelah doktor rasakan luka bapa aku telah baik dan ditukar pula dengan yang ini….

AIR SODIUM CHLORIDE 0.9%
Air untuk cucian luka…. Kalau tak silap aku, air garam sebenarnye… Tapi takdelah macam garam yang digunakan dirumah, mahu menjerit pesakit…. Pun bahan2 penting… Satu botol 2 kali pakai….

COTTON @ Kapas

Kapas atau cotton untuk mengelap pada bahagian luka…. 2 gambar di atas adalah bahan yang sama cuma pakegingnye saje yang lain… Bilangan penggunaan sebanyak 2 bungkus untuk yang atas dan 4 bungkus untuk yang bawah…

SMALL GAMGEE & GAUZE
Yang ini pulak kapas pembalut yang digunakan untuk menutup luka bapa aku setelah kerja2 cucian dilakukan…. Sekarang ni hampir semua barang yang berada di dalam wad aku tahu namanye… Dah rasa macam nurselah pulak…. Gamgee lah, gauze lah dan lain2 lagi…
So, kalau deressing di rumah, aku terpaksa dapatkan bekalan semua ini dari wad di mana bapa aku masuk… Dan kerja2 dressing pula dibuat oleh nurse yang volenteer nak buat dan di atas pengawasan doktor dari hospital itu sendiri…. Doktor akan mengambil laporan dari nurse tersebut tentang keadaan luka bapa aku… Sebenarnye ramai yang sangat prihatin denga bapa aku… Itulah rezeki bapa aku, ramai yang hendak menolong… Yang penting kita jangan sombong2 dengan orang atau berlagak depan orang… Susah orang nak tolong kita nanti… Kredit untuk Sister dan semua Staff Nurse dari  Wad 6, Hospital Banting yang bertungkus lumus menjaga bapa aku dengan sebaik mungkin… Terima kasih diucapkan…