Ini kisah hujung minggu aku menguruskan family…. 2 minggu lepas punya cerita, dah basi kot… Aku ke Shah Alam pada hari Sabtu sebab nak ke MAYCARE… Apa itu MAYCARE, kedai pembekal barangan dan alatan perubatan dan kesihatan… Dari wheelchair, alatan pembedahan, alatan sedut kahak, pampers orang dewasa, sparepart peralatan hospital dan macam2 lagi… 

Seronok sebenarnye bila datang kedai ni, pelbagai barangan yang tak pernah kita terfikir ada untuk kegunaan pesakit2 di hospital mahupun di rumah… Hari tu aku dapatkan alatan sedut kahak dan tilam angin untuk bapa aku kat sinilah… Kali ni aku cari Tiub Sedut Kahak @ Suction Catherer pula…. Sebab bapa aku ada masalah kahak dalam paru2 sejak darah dijangkiti kuman… So, kena sedut secara manual dan benda tu pula boleh pakai sekali sahaja setelah digunakan… Kat sini jauh lebih murah kalau dibandingkan yang dijual di farmasi2 di luar sana… Sebab nak pakai banyak terpaksalah aku ke sini…

Lagi satu aku nak survey katil hospital untuk bapa aku… Tengah kira2 budget… Sebelum ni aku ada call pembekal melalui nombor yang ada tertera pada katil hospital, harga yang dikatakan sangat2lah mahal… Mencecah RM6000.00 seperti yang bapa aku pakai sekarang ni…. Bila aku tanya kat MAYCARE pula, harganye murah separuh dari yang aku call hari tu… Model yang sama pulak tu…. Sekarang ni tengah budget membudget nak cari juga ni… Sebab memudahkan mak aku handle bapa aku nanti di rumah…. Senang nak erengkan ke kiri dan ke kanan… Siapa yang menjaga orang tua macam keadaan bapa aku pasti tahu pentingnye katil seperti ini….

Tengah discuss tentang harga, cara penghantaran, maintanent yang perlu dilakukan dengan staff MAYCARE…. Mamat ni bagus sebab dia terang dengan jelas tentang katil tersebut… Kalau yang Jepun punya memang lagi mahal sehingga mencecah RM10,000.00... Tapi memang berbaloi kalau pesakit yang berbadan besar sebab tahan lasak…. Tak laratlah aku nak beli sampai macam tu…. Kalau ada yang nak kongsi dengan aku, oklah…. Korang nampak tak lapik tilam yang bolat2 tu, sangat2 penting untuk orang sakit terbaring sebab ia memberikan pengudaraan yang baik pada badan pesakit… Selain itu ia bagai ada urutan lembut jika kita baring atasnye… Aku dah ada satu untuk bapa aku hari tu…

Naik giler juga bila datang ke sini sebenarnye…. Sebab aku dah jaga kedua orang tua aku sejak 4 tahun lalu lagi… Dari mak aku dan sekarang ni bapa aku pulak…. So, keperluan2 mereka ketika sakit aku dah tahu dan apa yang patut ada… Takpe Insyallah aku akan belikan juga, duit boleh dicari… Ibubapa cuma itu sahaja yang kita ada…. Aku akan jaga kebajikan mereka berdua semampu aku boleh…. Yang lepas tangan tu persetankan mereka….