Selesai menonton movie petang tu, aku terus ke Ikano Power Centre… Bukan apa, untuk booking tempat  nak berbuka hari ni…. Tiap2 tahun pun selalunye aku akan buat perkara yang sama… Pergi booking dulu  lepas tu dalam pukul 6.45 petang baru datang… Biasanye meja akan penuh kalau tak booking awal…. Kali ni buka kat The Steamboat Ketam Village…. Kat sini dah kenal dah dengan staff restoran tersebut…. Selalu sangat ke sini… Balik2 muka ni, balik2 muka ni lagi…. Aku trasa dah lebih 20 kali dah aku ke sini…. Restoran favorite wife aku….

Lepas booking tu jalan2 dulu kat area The Curve… Pergi kedai buku Borders tengok apa yang patut…. Kalau ada bahan bacaan yang baru sementara menunggu waktu berbuka…. 

Dalam pukul 6.30 petang kitaorang gerak ke restoran steamboat tu…. Sambil2 window shopping… Perut dah lapar dah ni… Jalan pun slow2 jer, saje buang2 masa sikit… Lagi satu menu pun dah order dah, time booking tadi….. So, bila sampai sahaja nanti diaorang akan surf terus atas meja…. Biasanye kuah steamboat dah sure dah ada atas meja….

Inilah menu kitaorang petang tu…. Aku macam biasa pastinye Slice Lamb with Tomyam Soup, Anor dengan Slice Beef with Kari, wife aku Iena dengan vegetariannye dan sampingan2 lain…

Yang ni aku punya dengan adik aku Anor…. Nampak tak yang hujung tu, itu wife aku punya… Untuk berbuka ni pihak restoran belanja air bandung free untuk mereka yang beragama Islam bagi tujuan berbuka… Ok, nice strategy…. 

Muka kekenyangan dari adik aku Anor… Kuat makan siut…. Kalah aku sebenarnye…. Untuk pencuci mulut atau untuk manisan berbuka, adik aku beli buah strawberi satu kotak dan wife aku pulak beli buah blueberry satu kotak…. Beli kat area Curve tadi….

Kali ni, seorang lagi tetamu undangan aku jemput… Cewah dah macam penyanyi undanganlah pulak…. On the way ke restoran steamboat tadi aku suruh wife aku call adik ipar aku EE, ajak berbuka sekali kalau dia ada masa….  Padahal dia membuta jer kat rumah aku bila bulan2 puasa ni… Aku kata kalau nak berbuka sama datang kat Ikano, boleh join sekali…. Tup2 tak lama lepas tu sampai dah kat restoran tu… Oklah tu, meramaikan lagi majlis…. 
Itulah hari pertama aku berbuka dengan wife aku…. Maklumlah aku kat Banting jaga bapa aku dan dia pulak kat Damansara… Bila masa nak berbuka sama… So, hujung minggu macam nilah aku curi2 lari untuk bersama mereka ni…. Kadang2 tu terkejar2 aku di atas jalan… Semuanye aku kena uruskan sendiri… Dua2 penting dalam hidup aku sebenarnye…. Alhamdulillah wife aku sangat2 memahami situasi aku sekarang ni dan juga keadaan bapa mertuanye…. Syukur sangat2 aku dapat dia… 🙂
Advertisements