Dalam seharian menjaga abah aku di hospital, pada hujung minggu aku terpaksa luangkan masa juga untuk wife aku dan juga adik aku untuk ke mana2… Selalunye cari barang keperluan mereka…. Tapi minggu tu aku luangkan masa juga untuk diri aku sendiri, kali ni aku bawa wife aku dan adik aku tengok wayang di Cinelasure… Alaaaa dekat dengan rumah aku jer…. Lagi satu adik aku nak shoot gambar kat area Ikano Power Centre dan The Curve…. So, alang2 dah ada kat sana apa lagi tengok wayanglah kejap… 
Aku bertiga menonton filem yang aku tunggu2 tahun ini iaitu Avatar : The Last Airbender…. Ini cadangan wife akulah ni… Dia yang nak belanja…. Oklah tuh….

Time ni tengah menunggu adik aku tangkap gambar assignment dia…. Lepak kat luar Cinelasure sebab tadi sejuk sangat… Tu yang berkerut muka masing2 tu… Dalam menunggu adik aku buat kerja dia, padahal kitaorang sebenarnye dah beli satu lagi tiket wayang… Kali ni nak tonton filem The Sorcerer’s Apprentice.… Ambik engko, sekali tengok sampai 2 movie terus… 

Tengah naik eskelator menuju ke Cineplex dengan adik aku… Wife aku dah pergi dulu sebab nak ambik tiket kat kaunter online…. Yang buat aku lambat sebab adik aku nak tangkap gambar lagi tadi….

Yang bestnye untuk movie kedua ni aku siap terlelap dalam 10 minit kat part2 yang slow sikit ceritanye… Sedar2 sebab terperanjat bunyi FX filem tersebut…. Terus mata terbeliak tengok sampai habis…. Hehehe… Sebenarnye badan dengan otak aku ni dah penat sebab tak pernah cukup tidur sejak abah aku sakit…. Habis sahaja menonton, pergi ke Ikano Power Centre sebab nak booking table untuk berbuka puasa pulak dengan diaorang2 ni…
Itulah aktiviti aku setengah hari di area Ikano Power Center, Ikano dan IKEA (macam takde tempat lain nak pergi, balik2 ke situ jer)… Habis, rumah aku dah dekat situ dan paling mudah nak sampai, malas pun iyer juga, so ke situ jer yang paling senang bagi aku… Semua ada…🙂
Next entry sambungan dari aktiviti hujung minggu aku dengan wife dan adik aku…. Kali ni berbuka puasa untuk kali pertama dengan wife aku…. Kat mana yer…??? Next entry ok….