Hari ni 1 SEPTEMBER 2010 genaplah 9 tahun pengantin lelaki dan perempuan di atas diijabkabulkan… Yang pengantin lelakinye bernama Muzafar Shah Haji Zainal, manakala pengantin perempuannye pula bernama Norazlinawati Haji Ahmad….
Kisah pertemuan dan jodohnye memang hebat, hanya pengantin perempuan dan lelaki sahaja yang tahu… Jodohnye berputik ketika di Universiti Teknologi Mara (UiTM) lagi…. Satu kelas dan satu jurusan yang sama… Time tu pengantin lelaki ni rebutan bunga2 di taman…. Saham tengah melonjak naik time tu… Ramailah yang nak jadikan pengantin lelaki ni abang angkatlah, adik angkatlah, pakwe angkatlah dan macam2 lagi….
Tapi pengantin lelaki ni minat pada bunga yang sorang ni…. Semester pertama takde apa2 respond dari pengantin perempuan walaupun saham pengantin lelaki tu agak tinggi juga… Masuk semester kedua, sudah ada respond baik dari pengantin perempuan… Tak lama tu pengantin perempuan jadikan pengantin lelaki abang angkat…. Tapi cuma 3 bulan sahaja jadi abang angkat lepas tu terus declared nak berkawan secara serius… Ni kawan2 punya rancanganlah ni…. 
Sampailah habis UiTM mereka berkawan… Lepas tu pengantin perempuan sambung lagi belajar, manakala pengantin lelaki mula bekerja…. Dan pengantin lelaki dah pasang niat kalau dia dapat pekerjaan yang stabil, dia akan masuk merisik…. Jika niat kita itu baik, Allah SWT akan makbulkan doa2 hamba2nye… Pengantin lelaki mendapat pekerjaan yang baik, teruslah dia melaksanakan niatnye itu….
Setelah cukup persediaannye, pengantin lelaki pun merencanakan terus apa yang dirancang dari masa merisiknye, masa bertunangnye dan teruslah majlis perkahwinannye… Alhamdulillah semuanye berjalan dengan lancarnye…. Tarikh 1 SEPTEMBER 2001 merupakan tarikh keramat bagi mereka…. Sampailah sekarang ni jodoh mereka masih lagi berputik dan kadang kala ada juga konflik rumahtangga berlaku… Itulah asam garam dalam melayari alam perkahwinan…. Yang penting kita kena ikhlas dan bertolak ansur antara sama dengan lain…. Dan gambar di bawah ini adalah mereka sekarang….

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Pengantin Lama Dah Sekarang….. Hehehee… Genap 9 Tahun Bersama….

Apa perbezaan mereka dari dulu hingga sekarang….???? Aku rasa sama jer…. Mungkin rambut dah putih sikit kot pada pengantin lelaki…. Yang pengantin perempuannye pulak dah bertudung sejak balik dari pada Umrah tahun 2006 lalu….
Di bawah ni ada beberapa keping gambar yang boleh dijadikan tatapan pembaca dan pengikut Blog Chilabaey’s Spot….. Gambar sebenarnye banyak, tapi yang sempat aku scan cuma beberapa keping di bawah ni menggunakan iPhone semalam sebab time ni digital copy takde lagi….

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Majlis Persandingan di Ipoh, Perak….

Dah sanding pastinye perut lapar, apa lagi time to makanlah bersama tetamu…. Raja seharilah katakan….

Oklah, itu sahaja kisah mereka berdua… Alhamdulillah dengan kerjasama dan keikhlasan dalam diri masing2 jodoh masih berkekalan…. Cuma rezeki anak sahaja belum tiba masanye lagi… Rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah…. Cuma kita boleh berusaha seboleh mungkin, Allah akan menentukan…. Semua itu ada sebab musababnye…. Insyallah….