Hari ni aku berada di Damansara kerana nak celebrate anniversary aku dengan wife aku yang ke-9 tahun… Takdelah buat apa2 pun… Cuma hari ni aku dah programkan jadual untuk shopping raya sikit ala kadar dan berbuka bersama…. Kiranye shopping tu hadiahlah dari aku…. Tapi tunggu lepas raya, akan ku belikan sesuatu untuk dia…. Hari ni kononnye nak keluar awal2 pagi, last2 sedar dah dekat pukul 11.00 pagi… Rosak program aku… Boleh pulak sakit kepala pulak aku malam tadi….
Sebab aku dah janji nak keluar berdating kejap hari ni, so dalam pukul 2.00 petang tu kami keluarlah uruskan apa yang patut dulu, segala bil2 terkini dan bayaran2 penting setiap bulan…. Selesai semua urusan rasmi, aku pun gerak ke Giant Kota Damansara untuk ambil parcel untuk wife aku di Pejabat Pos… Dah ambil parcel kononnye nak gerak terus ke Shah Alam pulak… Ternampak pulak butik kasut Scholl, singgahlah sekejap…. Konon nak singgah kejap last2 wife aku beli satu kasut untuk raya tahun ni… Cantik dan harga agak mahal juga… Tapi puas hati sebab sedap pakai dan lembut kasutnye… Oklah, janji dia suka… Aku yang pilih pun…. Hehehehe….

Senyum sampai ke telinga bila dah dapat apa yang diidamkan… Ini adalah shopping pertama untuk hari ini… Kasut yang dibeli adalah dari koleksi terbaru dari Scholl….

Tengah buat bayaran kat kaunter Scholl…. Kasut2 yang dijual di butik Scholl ni memang sedap dipakai… Cuma harganye mahal sikit…. 
Selesai sahaja di sini, aku terus ke Shah Alam pulak… Sampai Shah Alam dah dekat pukul 4.00 petang…. Hari kereta agak banyak pula di jalan…. Sikit2 sangkut, sikit2 sangkut… Dah dekat dengan  Shah Alam terus call adik aku Anor, tanya dia dah habis kuliah ke belum hari ni… Dia kata baru sampai kat hostel dia…. Bagus… Aku suruh dia bersiap sebab aku nak bawa dia makan berbuka sekali….
Pukul 4.30 petang sampai kat hostel adik aku, pick-up dia dan kononnye nak terus ke Subang Parade tapi tersinggah kejap pulak di JAKEL Seksyen 7, Shah Alam… Alaaaaa… depan hostel adik aku jer… Kebetulan pulak masa tu tak ramai orang, itu sebabnye aku singgah… kalau datang malam memang sesak giler2… 3 hari lepas aku dah lalu masa hantar adik aku balik hostel…. Tengok2 kalau ada yang berkenan….

Rasa macam aku pulak yang boss kat JAKEL…. Hehehe…. Gaya jer…. Wife aku dah entah ke mana2 dalam susunan baju kurung tu dah…. Itu cantik, ini pun cantik… Harga pun cantik….

Mula2 tu sepasang jer yang dipegangnye…. Lepas tu belek2 lagi…. yang colour itu pulak lawa…. Aku kata, ambik2… Nanti kita pilih mana yang berkenan…..

Ok… Waktu untuk memilih….. Yang mana satu yang cantik pada pandangan aku dan wife aku…. Dia mulalah sengih2 kata semuanye cantik…. Boleh buat pakai kat office nanti lepas raya…. 

Penghabisnye aku kata, ambil semua sekali…. Wife aku punya 3 pasang, mak aku 1 pasang, opah aku kat Ipoh 1 pasang dan mak mertua aku 1 pasang…. Semuanye 6 pasang…. Ambik engko…. Itu pun wife aku kata, nanti hari Sabtu ni nak singgah balik kat JAKEL sebab dia nak beli satu lagi baju kurung… Tadi saiz takde…. Omak aiii dah ada perancangan lagi…. Oklah, nanti abang bawa lagi… Alasan kononnye nak padankan dengan baju melayu aku yang melambak dalam almari…. tahun aku malas nak beli sebab ada 2 pasang yang belum pakai lagi….

Time ni tengah nak membayar baju2 yang dah dipilih…. Petang tu kiranye timing yang bagus sebab orang tak ramai…. So senang nak memilih dan stok baju masih banyak… kalau datang malam pasti berebut2 dengan orang ramai… Tak berkenan aku….

Selesai sudah satu perkara bila menjelang raya…. Tahun ni agak lambat sikit sebab aku banyak uruskan family aku di Banting…. Kuih raya dah aku beli sikit masa kat hospital hari tu kat nurse2 yang berniaga…. Malas nak tercari2…. Tapi Sabtu ni mungkin operasi mencari sdikit lagi kuih muih untuk raya…. Sebab nak sedekah sikit kat family sebelah Ipoh…. memang aku dengan wife aku tiap2 tahun buat macam tu….

Selesai semuanye di JAKEL, terus bergegas ke Subang Parade untuk berbuka puasa… Sebab aku dah booking table kat sana…. Kat mana aku berbuka, nanti aku ceritakan dalam entry akan datang…. lama sungguh aku tak ke Subang Parade, aku rasa dah dekat 3 tahun dah rasanye…. Kalau tak dulu, sikit2 ke sana…. 

Beginilah bangunan Wisma Jakel yang berada di Seksyen 7, Shah Alam…. Memang besar bangunannye… Dan banyak pilihan baju siap dan juga kain2 di sini…. Sangat berpuas hati kalau aku bandingkan dengan outlet di Wisma Yakin, Kuala Lumpur….
Ok aku teruskan perjalanan aku untuk pergi berbuka puasa pula…. Entah sempat atau tidak aku tak tahu…. (Padahal dah tahu dah, sebab aku yang drive)…. Next entry yer… 🙂
Advertisements