Sambungan dari aktiviti aku semalam…. dari Shah Alam kitaorang bergegas ke Subang Parade pulak untuk berbuka puasa di sana…. Kali ni kami makan di TGI Fridays Subang…. Table dah booking cuma menu jer belum order…. Sampai di TGI dah dekat pukul 6.30 petang… So, ambil order nak makan apa, tunggulah kejap sambil borak tentang perancangan hari raya ni… Maklumlah bapa aku tak sihat lagi sekarang… Nanti akan ada perubahan secara drastik akan dibuat…. Jadi yang lain2 berjaga2…. 

Mula2 tu nak berbuka kat One Utama jer sebab dekat, tapi memandangkan nak ke JAKEL petang tu, so jadual perjalanan terpaksa diubah…. Yang paling dekat dan mudah sampai adalah di Subang Parade dan aku boleh bawa adik aku Anor join sekali…. Alaaaa kiranye makan hari ni untuk celebrate anniversary aku dengan wife akulah…. Selalunye aku buat makan2 kat rumah jer, tapi tahun ni memandangkan bulan puasa so aku sambut kat luar jer… Senang…

Menu kali banyak yang baru, so aku ni jenis suka mencuba benda baru…. Untuk petang tu aku order Chicken With Peppers & Mushrooms…. Entah sedap ke tidak tak pasti… Tapi yang pasti aku akan makan habis….

Wajah2 ceria dalam kelaparan semasa menunggu waktu berbuka dan azan Maghrib….. Ceria ker muka2 di atas ni… Dah macam nak telan orang jer rupanye…. Hehehehe….

Yang mula2 sampai adalah minuman…. Aku order air Juice Pineapple….. Wife aku order Strawberry Lemonede Slush dan adik aku Anor senang, Pepsi sebab boleh refill free….

Appetizer petang tu kami order Friday’s 3 For All (ada Loaded Potato Skin, Buffalo Wings, Fried Mozzarella with sour cream and green onions, marinara souse dan salary sticks with bleu cheese dressing)…

Yang ni adik aku Anor yang punya…. Dia order Jack Daniel’s Chicken….

Yang ni pulak wife aku punya order Chicken and Shrimps Diablo….

Dan yang ni pasti aku punya sebab ada nasi… Aku order  Chicken With Peppers & Mushrooms….

Selesai berbuka kat TGI Fridays dekat pukul 8.30 malam…. Makan pun relaks sajer…. Kemudian kitaorang window shopping kejap kat dalam Subang Parade…. Maklumlah dah lama tak ke sana…. Dalam pukul 9.15 malam aku teruskan lagi perjalanan…. Alaaa hantar adik aku balik hostel di Seksyen 7, Shah Alam semula sebab esok dia ada kelas….

Perjalanan aku bukan setakat di Shah Alam sahaja malam tu…. Lepas hantar adik aku di Shah Alam, aku ke Damansara Damai pulak untuk jumpa anak buah aku Melly dan adik dia Raja Kecik…. Tapi aku tak beritahu pun nak datang… Redah jer malam tu…. Belikan sikit buah tangan untuk Melly…. 
Oklah nanti aku sambung lagi entry ni…. Nak tunjukkan keadaan dan rupa anak buah aku yang baru ketika ini…. Budak yang tak cukup bulan tu…. Yang kelang kabut pakngahnye, maknye dan bapanye uruskan dia dulu tu… Next final entry ok…. Tunggu…..