Dari Shah Alam lepas hantar adik aku Anor, aku terus pula ke Damansara Damai untuk berjumpa dengan anak buah aku Melly dan anak buah baru aku Raja Kecik…. Malas nak bagitahu kedatangan aku… Terjah terus jer… Sebab aku tahu diaorang tak ke mana2 pun kalau dah malam2 macam ni… Lagi2 adik aku Azu masih dalam pantang…..

Sampai rumah adik aku Azu dah dekat pukul 10.00 malamRaja Kecik tengah tidur dan Si Melly macam biasalah hura hara ke sana ke mari buat hal dia… Apa lagi masa untuk kacau baby keciklah kasi dia bangun…. Hehehehe… jahat kan pakngah dia…. Bila dah jaga mestilah dia nangis nak susu…. Kelang kabut mak dia buatkan….

Alhamdulillah anak buah aku sorang ni dalam keadaan baik sekali dan berat badannye telah bertambah dah… Mula2 lahir dulu baru 1.82 kg sahaja sebab tak cukup bulan… Baru 8 bulan dah kena keluar sebab ada masalah…. Lepas tu timbang kat Banting hari tu sudah naik 2.00 kg…. Dan untuk hari ni, adik aku kata berat dia dah mencecah 3.10 kg dan umurnye pun dah pun masuk 9 bulan 10 hari yang sepatutnye… 
Badannye pun dah tegap sikit dan aku dah berani dah untuk mendukungnye macam baby lain… Sebelum ni kalau nak pegang kena terlalu berhati2 sebab semuanye fragile…. Dari tengkorak kepalanye, tulang tangan dan kakinye…. Boleh dikatakan semuanyelah lembik… Takut aku….
So, malam tadi dia diberikan susu botol oleh makngahnye sampailah dia  terlelap semula…. Pass pulak semula kat aku, aku kacau lagi tapi kali ni aku kacau kejap jer… Dia tidur kat pangkuan aku kemudian aku letakkan kat katil…. Dekat pukul 11.15 malam juga baru aku bertolak balik ke rumah aku…. Itupun sempat singgah kat Celcom TTDI kejap bayar bill phone….
Itulah aktiviti aku dengan wife aku sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9 tahun… Cepat masa berlalu, dengan segala urusan yang aku lakukan, dari menguruskan abah aku yang sakit di hospital, menguruskan adik aku di UiTM Shah Alam sehinggalah urusan wife aku di Damansara aku kena jadualkan dan aku laksanakan sebaik mungkin….

Alhamdulillah Allah masih berikan aku kesihatan dan kekuatan untuk menguruskan segala2nye buat masa sekarang…. Dan aku harapkan juga kesihatan aku ini dikekalkan walaupun kadang kala terganggu juga sehari dua…. Itu sahaja yang aku harapkan sekarang ni…. Insya Allah….🙂