Akhirnye hari ni berkesempatan juga aku menunaikan kewajipan aku untuk melangsaikan Zakat Fitrah yang sehari demi sehari aku nak bayar…. Tahun ni aku bayar untuk 5 orang terus…. Dan tahun harga zakat untuk Selangor dan Wilayah Persekutuan ditetapkan sebanyak RM7.00 seorang bersamaan 2.70 kg beras….

Selalu aku baya di shopping kompleks di KL atau di Damansara tapi kali ni aku bayar di Masjid Banting sebab aku sekarang berada di Banting, Selangor  masih menguruskan bapa aku yang sakit… Lega sikit hati bila dah bayar kalau tak hati tak tenteram jer… Macamana dengan korang pula..??? Dah settle belum… So, kalau yang masih belum jalankan kewajipan anda sebagai umat Islam yer… Tinggal 5 hari lagi, jangan tunggu lagi….