Alhamdullillah sekali lagi aku berpeluang berbuka puasa dengan wife dan adik aku Anor di luar walaupun sekarang ni aku masih sibuk menguruskan bapa aku dihospital dan juga keperluan mak aku… Untuk kali ke berapa entah dapat juga aku berbuka bersama… Walaupun dalam hati nak lari balik jer ke Banting… Risau semedang kata orang Perak… Atee kawin dengan orang Ipoh kenalah belajo sikit2 yer dok…

Kali ni kami berbuka kat my favorite restaurant di Cinelasure, Mutiara Damansara…. Alaaaa tempat yang aku selalu pergi tu…. Restaurant Tony Roma’s…. Booking siap2 table melalui phone bagitahu nak reserve table untuk 3 orang, nak berbuka puasa… So aku akan sampai dalam pukul 6.30 petang…. Sebab dah biasa kat sana, so senang sikit… Lagi satu ada diskaun untuk kali ini sebab bawa dan tunjukkan resit yang lepas….

Muka dalam kepenatan dan kelaparan…. Sabar menunggu menu sampai… Tapi air sampai dulu, lagilah tercabar dugaan puasa ni… Macam budak kecik pulak…

Wife aku suka sangat kat sini sebab menu yang ditawarkan sangat2 best dan tak sama dengan tempat lain…. Pun penuh kesabaran dalam menunggu waktu berbuka….

Airnye aku order kali ni adalah Pina Strawberry Swirl…. Ada rasa nenas dan strawberi, sangat2 sedap…. Wife aku pulak order Chocolate Milkshake dan Anor order Mango Juice (boleh refill free)… Diakan kalau yang boleh refill mesti dia order punya…. Ishh… ishhh….

Appertizer dan minuman dah sampai, tengah menunggu main course jer lagi…. Dalam hati punyalah bersabar dan asyik telan air liur jer kerjanye….

Yang adik aku Anor mula2 tu semangat tangkap gambar kononnye nak buang masa sikit supaya cepat masa berlalu…. Snap sana, snap sini…. Lepas tu….

Lepas tu… melepek lembik balik… Padahal lagi 10 minit jer lagi nak berbuka…. Ambik engko…. 

Rindu dengan hidangan ini sebenarnye… Sebab tu aku booking kat restaurant ni untuk kali ni…. Hidangan Bountiful Beef Ribs with TR’s Original BBQ Sauce…. Sangat2 sedap dan mengenyangkan…. Dagingnye sangat2 lembut dan sauce nye lain dari yang lain…. Nanti kalau aku dah kaya raya aku buat gethering blogger kat sini yer…. Doa2kan ajer….

Ini  hidangan Anor, Set Buffalo Chicken Sandwish…. Anor ni kalau makan restoran yang ada sandwich, mesti itu jer yang dia order….. Balik2 sandwich…. Naik muak bila tengok apa yang dia order… Tapi kitaorang punya pun dia kacau juga….

Appertizer kitaorang adalah Tony’s Sampler yang terdiri dari Potato Skin is topped with Cheddar Cheese and Beef Bacon…. Selain tu ada roti dan Onion Loaf with BBQ mayonnaise….Macam onion ring tapi lagi sedap….
Kitaorang kat sana sampai pukul 9.00 malam… Lepak2 kejap sambil sembang2… Lepas tu ke Curve dan Ikano Power Centre pulak… Macam takde tempat lain nak pergi…. Insyallah aku akan ke sana lagi lepas raya, tapi kali ni nak bawa member2 pulak…