Dari awal lagi aku dah kata kat wife aku, “Jangan suruh abang yang goreng, mesti hangus punya”…. Ini kisah semalam, aku balik rumah aku di Damansara Perdana sekejap sebab nak uruskan hal rumah dan nak beli bebarapa barang penting sebelum menyambut raya tahun ni… Biasalah bila dah duduk jauh2 ni banyaklah program yang tergendala, selalunye buat sekali so takdelah banyak masa dipakai macam tahun ni… Itu pun bila tengok dan melihat keadaan bapa aku nampak ok, barulah aku boleh ke mana2… Kalau tidak, minta maaflah aku nak lari macam ni…..

Hari ni wife aku suruh aku goreng kacang tanah dalam sekilo… Katanye nak buat sesuatu sebelum balik beraya di Ipoh tahun ni… Giliran beraya kat kampung wife aku tahun ni…. Pagi2 lagi aku hantar wife aku ke office dan aku lari kejap ke Tesco Mutiara Damansara beli barang sikit… Selain itu mak aku pun kirim juga barang untuk rumah mak aku di Banting…. Banyak juga sebenarnye yang dia pesan….
Balik dari Tesco tu, wife aku minta tolong gorengkan kacang tanah satu bungkus (1kg)… Aku kata, “Nanti hangus baru tahu”… Padahal aku malas nak goreng2 ni… Dalam pukul 2.00 petang tu aku pun dengan rajin dalam kemalasan pun buatlah kerja tu…. Ambik kuali masukkan minyak sikit dan kacang tanah dalam satu cawan…. Mula2 tu aku gaul perlahan2 dengan api kecil…. 
Bila tengok macam lambat jer nak garing so aku pun lari ke bilik workstation aku mengadap iMac… Mengadap bloglah macam biasa…. Tengah2 melayan blog korang, terbau hangit jer kat dapur…. Ambik engko, melompat aku ke dapur…. Tengok2 kacang tanah yang aku goreng sukunye dah hangus…. Alamak habislah aku…. Nasib baik aku tak letak banyak2 dalam kuali…. Petang tu masa wife aku balik rumah, aku sengeh2 jer…. Dia tahu dah mesti kacang tanah tu dah hangus… Cerita ni macam tahun lepas juga, bila wife aku suruh aku goreng kacang tanah…. hehehehe….
Pesanan dari aku untuk semua blogger tegar : JANGAN BERBLOGGING KETIKA MEMASAK, PASTI AKAN BERLAKU PERKARA YANG TIDAK DIINGINI…. Macam aku….!!!!!