Ingat tak kisah semalam….. Yang aku ke Tesco beli barang2 untuk buat kuih raya tu….??? Ini kisahnye…. Alaaa… kisah tak best pun cuma nak kongsi aktiviti aku selama 2 hari aku berada di rumah aku di Damansara…. Dalam dua hari ni aku sibuk menguruskan keperluan semua orang dalam family aku… Semua keperluan mereka aku kena sediakan dan beli sebelum menjelang raya….

Inilah kuih yang aku maksudkan… Kuih ker…?? ‘Biskut Mazola Last Minute’ dari Chef Muzafar…. Biskut yang ringkas bahannye tapi leceh penyediaannye… Tapi sedap pula untuk disantap…. Buskut ini memang tiap2 tahun aku dan wife aku buat…. Untuk disedekahkan kepada family member aku di Ipoh dan juga di Banting…. 
Tapi tahun ni mungkin ramai tak dapat sebab aku sibuk menguruskan abah aku yang sakit di Banting…. So aku dah janji dengan wife aku, yang aku akan balik sekejap di Damansara untuk buat biskut Mazola ini…. 

Gambar di atas ni bahan2 semuanye telah siap…. Tinggal nak masuk oven jer…. Bahan2 untuk membuat biskut ni ada di dalam gambar di bawah… korang tengok sendirilah….

Kacang tanah 1 kilo… Kacang tadi hendaklah digoreng dengan penggunaan minyak yang sedikit… Itu terpulang pada koranglah… nak pakai banyak, kolestrol lebih…. Hehehehe….

Minyak jagung untuk digaul dengan tepung nanti, selalunye aku guna minyak jagung Mazola… Sebab tu nama biskut ni Biskut Mazola…. Disebabkan minyak tu boleh pulak habis kat Tesco, so aku ambil jenis yang lain…. 
Alaaa… Gambar tepung aku lupa nak tangkap…. Kita guna tepung gandum sekilo…. Dan kacang dalam paket di atas tu untuk diletakkan di atas biskut tersebut… Tapi kalau yang malas nak goreng kacang tanah, boleh juga pakai kacang yang dah siap tu… Tapi rasanye macamana aku tak tahu… Tak pernah cuba….

Kacang tanah yang dah di goreng tadi, hendaklah dikisar selumat-lumatnye dengan blender…. Itu pun setelah dibuangkan kulitnye… Itu satu kerja yang paling aku malas nak buat…. Tapi nak buat macamana, dah itu cara pembikinannye… Ku turutkan juga…
Kacang yang dikisar tadi dicampurkan dengan tepung sedikit demi sedikit… Gaulan tersebut diselitkan juga dengan minyak jagung tadi sehingga sebati dan kenyal… Itu pandai2 koranglah nak buat macamana… Sebab wife aku yang gaulkan dan dia sahaja yang tahu samada dah ok ker tidak…

Setelah semua bahan tadi siap, bolehlah kita gentil2 mengikut saiz yang korang suka… Kalau jenis yang malas nak gentil2 tu, korang boleh buat sebesar saiz bola tennis…. Untuk aku, aku lebih suka dalam saiz guli 20sen…. Sebab nanti kita akan leperkan sedikit ia…

Bahan yang telah digentil2…. Dan telah bersedia untuk kerja seterusnye…

Macam aku tahun ni aku buat 2 versi Biskut Mazola…. Versi pertama takde kacang di atasnye… Ini untuk mereka2 yang muka banyak jerawat… Hhehe…

Dan yang ini pulak Versi Pertama yang ada kacang di atasnye… Ini untuk mereka2 yang takde jerawat di muka atau untuk mereka2 yang mahu tambah jerawat lagi di muka…

Dah siap direkabentuk, bolehlah dimasukkan ke dalam oven dengan kepanasan yang sesuai… Bakar dalam masa 30 jam… Itu untuk akulah… Ikut kesesuaian koranglah…. Aku tak belajar memasak di sekolah memasak…. Aku sekolah lanyak jer…. Kalau tak jadi pun aku telan jer…

Yang ni Versi ke-2 tadi… Cantik sikit rupanye…. Sebab ada jerawat… Oppssss… Ada kacang…!!!

Kalau korang tengok yang ada gelap2 sikit tu, aku terlebih bakar sebab dok lepak depan iMac baca blog… Marah wife aku… Nasib baik tak hangit… Dahlah goreng kacang hari tu hangus….

Bila dah sejuk, bolehlah kita masukkan ke dalam bekas ikut suka koranglah… Kalau masuk mulut pun ok juga… Yang ini untuk rumah Ipoh dan Banting, bekas saiz besar…. Untuk adik-beradik bekas kecik, kalau nak yang besar, kena bayarlah… 

Inilah hasilnye selama 2 malam aku dengan wife aku…. Selalunye kitaorang buat double dari yang korang nampak… Sebab tahun ni aku banyak masalah dan rintangan, so aku buat setakat yang mampu selama 2 malam ni….

Yang bekas paling kecik sekali ni, untuk aku berikan pada jiran cina aku sebelah rumah… Sebab dia akan jaga dan tengok2 rumah sepanjang kitaorang takde balik beraya….. Bagus jiran aku ni…. Oklah, setakat ini sahaja yang aku nak kongsikan bersama… Inilah aktiviti aku setiap tahun bila menjelang raya…. tahun ni cuma satu jenis jer yang aku sempat buat… Selalunye ada 3 jenis, tahun ni memang sangat2 tak berkesempatan…. Insya-Allah tahun depan kalau takde aral melintang, pokok tumbang dan batu menghalang yer…. nanti aku kongsi bersama….