Hari ni masuk dua hari aku di Damansara… Untuk uruskan hal raya untuk rumah aku dan wife…. Dalam masa yang sama sambil2 mencari keperluan hospitality bapa aku sekali…. Tahun ni aku beraya ala kadar jer memandangkan bapa aku masih lagi sakit dan memerlukan perhatian yang lebih sekarang…. So, sebelum raya ni terpaksalah aku menyediakan dan menyiapkan apa keperluan yang perlu untuk bapa, mak, adik, wife dan untuk diri aku, untuk aku takde kot…. Aku shopping lepas raya kot….

Tengahari semalam aku dengan wife aku shopping barang keperluan hospitality bapa aku…. Dari segi pampersnye, alatan suction, alatan fisionye, sarung tangan getah dan beberapa keperluan lain lagi….

Seronok sebenarnye berada kat tempat aku shopping ni…. Untuk kali ke berapa entah, aku ke MAYCARE Shah Alam untuk mendapatkan barang2 tersebut…. Memang dah listkan barang2 tersebut dari minggu lepas lagi, cuma minggu ni baru aku berkesempatan untuk pergi ke MAYCARE ni….

Pusing beberapa kali dalam outlet tersebut, memang teruja sebenarnye bila datang ke sini…. Barang2 hospitality yang canggih2 dan yang tak pernah aku fikir pun ada dijual… Kiranye alatan2 yang dijual mengikut penyakit atau keperluan mereka2 yang memerlukan…. Tapi harga yang ditawarkan di sini jauh lebih murah berbanding kalau kita beli barangan tersebut di farmasi2 luar… Itu aku jamin….

Dah selesai pusing beberapa kali dalam MAYCARE tu, tibalah masa untuk membayarnye…. Banyak juga yang dishoppingkan kali ni…. Kesemuanye adalah untuk bapa aku…. Janji aku dah dapatkan segala keperluan dia… Wang ringgit boleh dicari….

Inilah outlet MAYCARE yang terletak di Shah Alam…. So bagi mereka2 yang ingin membeli barangan hospitality untuk mereka2 yang memerlukan bolehlah datang ke sini…. Outlet ini terletak di kawasan perdagangan Worldwide Shah Alam…. 
Lepas dari MAYCARE aku ke Tesco Shah Alam pula untuk cari keperluan rumah sebelum balik ke kampung…. Sebab Tesco tu bersebelahan jer dengan MAYCARE ni….