Alhamdulillah kita dah nak raya dah… Itu bermakna sudah hampir sangat berakhirnye bulan Ramadhan tahun ini… Cepat sangat masa berlalu, dengan kesibukan aku menguruskan bapa aku dan keluarga aku yang lain, jelas tidak aku rasakan masa tersebut berlalu dengan pantas…. Cewahhh ayat….!!!!

Sekali lagi untuk 3 hari ni dapat aku berbuka puasa dengan wife aku sementara aku ada di Damansara… Malam ni aku akan balik ke Banting pula untuk uruskan bapa aku dan family aku yang lain…. 3 hari 2 malam yang sangat sibuk untuk aku tahun ni… Dalam sibuk2 tu, aku selitkan juga masa untuk bershopping barangan wife aku…. Alang2 dah ada kat luar tu, apa lagi berbuka pun kat luarlah…. Kali ini salah satu restoran favorite aku, SUSHI KING di One Utama….

Suka sangatlah wife aku bila ke sini sebab makanan kegemaran dia…. Hari ni shopping barang untuk bapa aku pula… Belikan baju untuk dia walaupun terlantar sakit tapi hadiah tetap ada….

Tengah menahan lapar sambil memilih menu yang hendak diorder…. Kalau menelan air lioq jangan katalah… Kecor di buatnye, kata orang Perak….

Masih menung nak makan apa… Tapi dalam fikiran dah tertulis dah…. Cuma tak luahkan sajer… Hehehehe…. Poyolah ayat engko ni Chilabaey…..

Apa kata aku try yang ini…. Sushi King tengah buat satu contest untuk pelanggannye…. Siapa yang nak join silakan… Kalau aku tak sanggup…. Makan free tu…. Contest tu senang jer, kena makan salah satu 2 menu yang disediakan… 1 menu Soba dan 1 lagi menu Udon…. Tapi mangkuknye Masya-Allah punyalah besar… Sama dengan 5 hidangan…. Maknanye 5 mangkuk kecil yang biasa kita order…. Barang siapa yang boleh habiskan dalam tempoh 10 minit yang diperuntukan, maka makanan tersebut adalah free…. Kalau tak habis pulak, kita kena bayar balik harga menu tersebut…. Harganye RM38.80…. Ambik engko…. Ada berani….???!!!

Tapi aku dengan wife masih lagi waras, aku pilih menu lain yang lebih selesa dengan perut kita…. Cuma ada beberapa menu yang terdapat di sini ada isu semasa… Tapi aku dah dapatkan penjelasan sebenar apa yang berlaku…. 

Ini aku punya order, Soft Shell Crab Roll…. Ketam kulit lembut yang digoreng… Sedap juga, lagi2 kalau tambahkan Wasabi dengan kicap manis…. Sedap……!!!!!

Yang ini timun salad dengan lemon…. Ini termasuk dalam set hidangan yang aku order…. Pun menjadi kegemaran aku… Simple tapi sedap….

Inilah yang aku order untuk berbuka kali ini, Set Chicken Curry Omelette… Menu baru tapi awal tahun lagi hari tu dah ada… Takdelah baru sangat kot…. Curry dia dari Jepun dan rasanye pun lain sikit dari yang biasa kita makan….

Menunggu dengan penuh kesabaran… Padahal lagi 5 minit jer…. Habis, makanan dah depan muka siapa yang tak terliur….. Airnye aku order green tea….

Yang ni pula, wife aku punya hidangan…. Piri-Piri Chicken Set @ Tori Khomi Set.… Sedap juga…. Tapi yang korang nampak makanan yang bulat2 tu adalah Takoyaki…. Tepung yang di dalamnye ada isi sotong…. Pun sedap juga…. Kalau tak makan kat Sushi King, aku selalu beli kat area foodcourd Jaya Jusco….

Hidangan Takoyaki… Tak cukup bagi aku, kalau 10 biji ok…. Nafsu2…

Dalam menunggu waktu berbuka, sempat lagi main SMS dengan adik ipar aku tanya kat mana… Katanye nak balik rumah ambil pass masuk tengok Filem Resident Evil : Afterlife yang di agi kat aku tu… Dah aku pun tak sempat nak pergi sebab ada banyak lagi benda yang aku kena cari….

Bila dah makan nak tunggu apa lagi…. Bayarlah, sebab customer yang menunggu di luar pun dah ramai nak masuk…. So, dalam pukul 8.30 malam baru aku keluar dari Sushi King… Lepas tu menuju ke Jaya Jusco pula untuk beli beberapa barang lagi… Shopping sikit2 lah katakan…. Dah aku katakan dalam entry lepas yang aku akan shopping lepas raya….

Kesian dengan kakak ni, tak balik raya sebab kena kerja pada hari raya… Asalnye pun dari Sandakan, Sabah… So, sebelum blah tadi aku pun ucapkan selamat hari raya untuknye…. Dan selamat bertugas…. Selesai kat Sushi King, kitaorang ke Jaya Jusco…. Selesai jer ke Jaya Jusco OU, aku boleh pulak singgah kat…… Kat mana tu, kena tunggu next entry…. Ok….!!!