Sejarah pertama dalam hidup aku sejak berada di alam perkahwinan selama 9 tahun…. Cepat masa berlalu… Tahun ini merupakan kali pertama sejak 9 tahun aku berkahwin, aku tidak beraya di rumah mertua aku di Ipoh… Dan tahun ini juga untuk pertama kalinye aku tak beraya bersama di pagi raya… Cuma maaf bermaafan di handphone…
Sedih sebenarnye bila ini berlaku, inilah takdir yang dikatakan… Perkara kebiasaan yang kita lakukan tapi bila sampai masa dengan mudah ia boleh berubah dan kita sebagai hamba-Nya harus akur dengan ketentuannye…. Bagi aku itu semuanye ada hikmahnye…. Bila kita merancang sebaiknye, tapi Allah lebih arif dan lebih maha menentukan segalanye…
Sepatutnye tahun ini aku beraya di Ipoh, Perak sebab kali ini giliran wife aku pula… Memandangkan keadaan abah aku yang masih tahap tidak menentu kesihatannye dan pengurusan hariannye, aku dan wife terpaksa akur untuk tidak beraya bersama tahun ini… Aku beraya di Banting, manakala wife aku beraya di Ipoh… Terpaksa split, kerana terpaksa… Buat masa sekarang ni hanya aku seorang sahaja yang menguruskan bapa aku di Banting… Dalam masa yang sama emak aku juga bukanlah dalam keadaan sihat sepenuhnye, hanya semangat untuk menjaga husband sahaja yang terpahat dalam jiwanye… Dan dalam masa yang sama, kebetulan adik aku Anor masih bercuti UiTM, bolehlah bantu aku dalam menguruskan abah aku…
Ada yang tua aku hendak harapkan, tak boleh contoh pula… Lagi membebankan ajer adalah… Ada ker takde, sama sajer… Dan aku prefer lebih baik takde… Aku berikan peluang, aku berikan masa dan aku lapang hati untuk menunggu berubahannye tapi lebih tak berakal pula aku rasakan… Takkan menunggu berita terakhir baru nak berubah… Atau memang itu yang ditunggunye…

Alhamdulillah wife aku Iena sangat2 memahami dengan situasi aku sekarang ni, dan Alhamdulillah aku mempunyai family mertua yang sangat2 prihatin dengan keadaan aku sekarang ni… Bagi mereka yang belum lagi berada dalam situasi aku sekarang ini, situasi di mana bapa sakit terlantar, situasi menjaga kedua ibubapa sepenuh masa, dalam masa yang sama orang yang diharapkan dapat membantu melepaskan tanggungjawab mereka dengan senang hati, berikan alasan yang tak masuk akal dan macam2 lagi…

Praktikal student yang bertungkus lumus dengan ikhlas menjaga dan menguruskan bapa aku di Wad 6, Hospital Banting selama 2 bulan… Bila bapa aku dah keluar wad pun still datang untuk menguruskan kebersihan bapa aku dari mandinye, cara urutannye dan lain2 lagi…. Lepas kerja sahaja mesti diaorang berdua luangkan masa datang ke rumah ketika itu… Thanks alot buat Nashriq dan Shafik….

Dulu aku boleh terima tetapi sekarang sukar untuk aku percayai… Sudah sampai masa untuk aku tabahkan hati dan bertegas walau dalam apa keadaan sekali pun, aku akan tetap menjaga dan membuat yang terbaik untuk kedua ibubapa aku… Aku tak perlukan bantuan dari sesiapa pun, susah senang aku biarlah aku bersama yang lain… Dalam masa yang sama aku terfikir juga, mengapa orang luar lebih memahami dan lebih bertanggungjawab dari family sendiri….