Ini kisah lepas hari raya…. Kalau seminggu sebelum raya, Masyallah punyalah ramai umat tapi lepas jer raya punyalah lengang…. Cubalah kalau macam ni selalu, kan senang untuk aku beli kuih dan kerepek raya….

Time ni wife aku memborong kerepek raya untuk diberikan pada mak mertua aku yang akan datang ke Banting untuk beraya dan melawat bapa aku yang sakit…. Memang tiap2 tahun aktiviti aku kalau raya ni ada sajer dan tak habis2 dari sebelum raya hinggalah sebulan selepas raya…

Sempat juga snap gambar pemilik blog semasa di dalam outlet tersebut… Yang belakang tu assistant pemilik blog… Selaku akauntan dalam banyak hal… Tapi yang lebih pastinye assistantnye…

Kat sini seronok membeli sebab macam2 ada…. Apa yang kita teringin makan semuanye ada di sini… Maklumlah aku ni duduk di kampung orang Jawa, so makanan yang berteraskan pertanian ni memanglah banyak…

Nah ambik engko sampai 3 bakul kitaorang borong…. Yang aku seronok ke sini sebab harga dia lebih murah daripada kilang2 kerepek yang berada sekitar Banting ni…. So bagi mereka2 yang inginkan makanan sebegini bolehlah datang ke Banting, Selangor… Banyak pilihan yang ditawarkan di sini… Cewah, promote nampak….
Advertisements