Dalam kegembiraan menyambut hari raya tahun ini, hati dan perasaan aku sebenarnye berkata untuk tidak perlu untuk menyambutnye… Sama juga dengan mak aku, rasanye tak perlulah untuk beraya sangat memandangkan keadaan bapa aku yang masih lagi tidak menentu… Tahun ini tidak seperti tahun2 yang lepas, kurang merasakan keceriaannye, kurang merasakan semangatnye, dan kurang segala2nye… Dan kalau boleh janganlah Syawal menjelang…
Alhamdulilllah, pada 30 Ogos lalu, sehari sebelum merdeka… Abah aku dibenarkan keluar wad oleh doktor setelah kondisi agak bagus buat masa sekarang… Kuman dalam darah pun tidak dikesan lagi, 2 pain darah selesai dimasukkan, tiada alahan pada darah tersebut… Pemeriksaan terperinci juga telah dibuat, maka report perubatan dikeluarkan… Pukul 3.30 petang 30 Ogos lalu, sampailah abah aku semula di rumah dengan menaiki ambulans… Ini bermakna dapatlah aku sekeluarga beraya di rumah tahun ini…

Tanggal 1 Syawal, tarikh yang aku harapkan tidak akan sampai telah pun tiba… Adalah sedikit keceriaan yang terpancar di wajah masing2, dengan kerenah anak buah aku dan kedatangan orang baru dalam keluarga aku, terasa amat bersyukur kerana masih adalah keluarga yang menyokong dan pemberi semangat pada aku dan mak aku mengharungi serta menjaga abah aku…. Pilu hati bila sampainye masa untuk bermaafan dengan ahli keluarga, ketika itu juga abah aku dalam keadaan lemah dan tidak peka dengan keadaan sekeliling kerana pagi itu dia demam…
Abah aku sentiasa tidur sejak malam raya tersebut, mungkin itu cara badan mengawal keadaan… Setiap 1 jam pasti aku akan mencatitkan suhu badannye serta memberikan ubat mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh doktor… Darah juga aku dapatkan bacaan gulanye dan tekanan darah juga diambil… Dah rasa macam jururawat bertugas di wad pula… Itulah rutin aku bila abah aku demam atau dalam keadaan badannye tidak stabil…

Selalunye sessi bermaaafan akan didahului dengan abah aku dan seterusnye pada ahli keluarga yang lain mengikut raking masing2, tapi tahun ini aku dahulukan dengan emak aku sebab bapa aku tak sedar dan masih tidur…

Time ni turn adik aku Azu pulak lepas aku sebab wife aku beraya di Ipoh dan aku beraya di Banting… Raya ke 3 baru wife aku beraya dengan aku di Banting…

Anak buah aku melangkah bendul, dia pulak dulu lepas adik aku Azu… Sepatutnye husband Azu dulu Si Is… Sibuk jer dengan beg Pooh dia….

Menantu kedua family aku…. Ana punya beras lahhhh…. Bapa Si Melly…. Tahun ni dia rajin sikit sebab volenteer nak buat Kek Lapis Asam lagi malam menjelang raya….

Turn adik aku pulak beraya dengan aku…. Kiranye ahli family paling tua selepas mak aku…. Sambil tangan dukung anak buah baru…. Raja Kecik gelaran aku… Nama penuhnye Raja Muhd Harris Emran Bin Raja Iskandar Syazrim Shah….

Time ni pulak turn bapa Melly pulak, tapi Melly pulak berebut dengan bapanye nak salam aku…. 

Yang terakhir beraya dengan aku adalah adik aku Anor… Dah besar pun dapat duit raya….

Masa ni Melly merajuk taknak duit raya… Mengada2….

Akhir sekali aku abadikan satu potrait keluarga aku pada pagi hari raya pertama…. Walaupun gambar ini tak sempurna tapi aku bangga mereka semua ini dapat bersama2 dalam memeriahkan hari raya tahun ini…. Alhamdullillah…. Dapat juga keceriaan yang terpahat di dalam hati masing2…. Ada satu lagi gambar kenangan yang aku unkirkan dalam lensa kamera aku, ada di bawah ni…..:

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

NOSTALGIA 70-AN

Inilah family aku berhari raya tahun 2010 ini…. Syukur Alhamdulillah…. Nampak tak Penyimpan Mohor Besar Raja2 Malaysia Bagi Tahun 1976 tak…???