Entry kali ini adalah inspirasi dari seorang blogger favorite aku iaitu Cik Nur-Al-Ain…. Dalam entry dia hari ni tentang application yang terdapat pada iPhone dia…. Agak menarik juga pada aku, nak juga tahu apa yang ada dalam iPhone korang…  So, kredit untuk Cik Ain kita…. Apa yang ada dalam iPhone aku pulak…. Ok Cik Ain, ini yang ada pada iPhone saya pulak yer… (jangan tersedak sudah….)…

Dalam iPhone aku takdelah banyak sangat app yang aku bubuh…. Setakat yang nak pakai dan yang penting2 jer…. Dalam Page Pertama ni adalah basic bagi mereka yang memakai iPhone….

Manakala Page ke-2 ni pulak, dah start app yang aku beli atau download sendiri…. 
Game Center – App baru dari iTunes untuk main games secara online dengan rakan2… Baru jer lagi semasa aku upgrade iTunes tempohari… 
Facebook & Y!Messenger – Macam biasalah kalau nak chat dengan kawan2… (Jarang online pun)…
Google – Untuk search something, macam yang korang selalu pakai…
Word Press – Aku ada wordpress satu, tapi aku guna untuk backup blog Chilabaey’s Spot aku jer…
Islamic Cal – Kalender Islam untuk panduan aku… Penting juga sebenarnye…
alQibla – App ni untuk aku tentukan arah kiblat/kompas semasa di luar rumah atau semasa berjalan2…
iPray Lite – Untuk mengetahui waktu solat 5 waktu, boleh set kat kat mana kita berada…
Stick It – Nota tampalan, kononnye ada notalah tu… Tak tampal pun…
3D Back & Emoticons – Yang ni wife aku yang punya kerja, sumapah aku tak pernah buka pun setakat ni… Apa bendanye pun aku tak tahu… 
Blog Space – Yang ni aku maksudkan, semasa aku berada di wad aku nak uplaod dan buat entry blog tapi takde cara untuk aku upload gambar dalam blog aku, so aku pun minta tolong kat Cik Ain… Macamana nak upload gambar menggunakan iPhone… Dia cadangkan app BlogPress… Tapi kena beli kat iTunes…. Malaslah nak beli2 ni, kalau nak cari yang pirate tu ada tapi memandangkan iPhone aku masih dalam warranty so aku tak berani nak masukkan 3rd party punya app… So aku cari app lain, aku jumpa Blog Space… Sejak dari hari tu bolehlah aku upload gambar ke blog kesayangan aku…. Kalau takde app ni pasti entry aku cuma ada text dan ayat2 jer….πŸ™‚
B.Player – App ni adalah dari Astro, aku download ni sebab nak tengok bola tempohari… Yerlah, time kat wad mana pulak nak cari TV… Ok sangat bila ada app ni….
BurglarAlarm – Alat penggera iPhone aku ni… Kalau aku letak kat mana2, anak buah aku ambik ker, wife aku ambik ker (nak check aku sms dgn saper..!!!), adik aku nak main games ker, pasti aku akan tahu… hehehehe…. Kantoi….!!!!
RMakerFree – Ini untuk buat lagu ringtone iPhone… Baru jer download… Dah try, ok juga, mudah…

Page ke-3 ni pulak kebanyakkannye wife aku punya…. Dan mana yang ada berkaitan dengan pengukuran tu, baru aku punya… 

Page ke-4, yang ni betul2 aku yang punya… Games sajer ada 3 folder…. Yang luar dari folder tu pulak ada bercampur dengan adik aku Anor yang punya….  
Pocoyize & POW – Adik aku Anor yang punya… Create muka cartoon dengan bunyi kena penumbuk… Tak fahamlah aku benda2 ni…
PI.Piano – Praktis main piano…. Sebab aku ni buta music so sangat2 lah susahnye…. 
Talking Tom – Yang ni agak menarik sebab untuk anak buah aku senyap… Bila buka app ni dia diam sikit… App ni bila kita cakap depan iPhone ni, kucing tu akan ikut kita cakap balik tapi dalam bunyi kucinglah… Kita boleh belai dia, tumbuk perut dia dan macam2 lagi…
Finger Cut – Blade yang berpusing dan bila kita sentuh, jari kita akan berdarah pada screenlah… Menyembur2 darah…. Hehehehe… Ngeri juga….
Air Horn – Untuk kejutkan adik2 dan anak2 buah… hehehehe…πŸ™‚
Yang Lain2 tu berkaitan dengan kamera…. Malas nak bawa kamera besar, pakai iPhone jer….
SpeakThai – Yang ni pulak app bahasa Thai… Apasal aku download pun aku tak tahu… Seronok juga kalau dengar bahasa diaorang ni…. 
4Minute HUH – Memandangkan aku ni sekarang peminat setia satu kumpulan dari Korea ni, siap download lagi app untuk kumpulan ni… Lagu2 dia memang best…. Nanti korang try search yer…

Page ke-5 ni aku peruntukan untuk games sahaja… Dan aku kategori2 kannye… Tapi ada juga satu dua yang tercampur… Kalu boring2 tu boleh juga main… Lagi2 masa tidur di wad hari tu…. Tapi yang penting sekali dalam iPhone adalah app Calender… Kat sinilah semua appointment aku, jadual meeting, jadual bapa aku, jadual mak aku dan lain2 aku setkan… Yang titik hitam bawah nombor tu ada perkara lah tu… 

Bulan Jun 2010 – Abah aku dimasukkan ke wad kecemasan & bulan inilah banyak perubahan besar dalam perjalanan hidup aku….

Bulan Julai 2010 – Bulan yang sangat2 buat aku keletihan dan tak tentu arah hidup aku… Penuh dengan jadual yang kena aku lakukan… 

Ogos 2010 – Masih lagi sibuk dan aku dah dapat rentak dalam menguruskan bapa aku dan mak aku sekali gus… Dalam masa yang sama urusan wife aku juga aku dapat handle sikit2….

September 2010 – Masih siibuk ke sana ke mari menguruskan ibubapa dan wife… Dalam masa yang sama urusan adik aku di Shah Alam juga aku uruskan… Last2 urusan diri sendiri aku abaikan… Badan sekarang ni dah rasa semacam dah ni… Aku rasakan kesihatan aku dah mula terjejas… 
Oklah aku berterima kasih kepada yang masih menyokong dan membantu aku dalam menguruskan segala urusan bapa dan mak aku setakat ni… Lagi2 pada wife aku yang memahami keadaan aku sekarang ni… Kesian wife aku kena uruskan diri sendiri setelah 9 tahun bersama, tahun ini adalah dugaan yang sangat berat dalam hidup kami berdua… Alhamdulillah semuanye sekarang berjalan lancar…
p/s : Takpe2 nanti abang belanja iPhone 4 hujung bulan ni…. Alaaa beberapa hari jer lagi… Sabar2…. Abang satu, ayang satu yer… Hehehehe….