Dari Steamboat Ketam Village, aku ke Guardians Ikano… Nak beli susu abah aku kejap… Sambil2 tu mata merayau memandang outlet Crocs… Dah nampak dah sebenarnye produk terbaru dari Crocs… Macam best jer… Takpe nanti2 lain kali aku datang singgah….

Dah pusing2 dan jalan2 kat area Ikano ni, terasa pulak haus di tekak… Wife aku dah sengih2 kat aku sebab nak lalu kat Starbuck… Dengan rela hatinye kitaorang pun menyinggahlah sekejap untuk beli Chocolate Ais blended… Sorang satu…. Mula2 tu kononnye nak take away jer… Last2 melepak terus kat situ sambil borak2 kosong….

Time ni wife aku tengah menunggu order… Kalau bab2 order mengorder ni serah pada nye…. Segala menu semuanye dia dah hafal…

Dulu aku rajinlah lepak kat sini dengan wife au bila balik kerja… Tapi sekarang ni kurang sikit memandangkan aku sekarang ni berada di Bantingkan…. So, mana ada masa terluang bila aku ke Damansara bolehlah aku lepak2 bersama…. Dalam lepak2 sambil borak2 tu, adik aku Anor ambil iPhone aku sambil merakam aksi aku dengan wife di Starbuck… Punyalah banyak dia ambil…

Kononnye lepas lepak kat Starbuck tu, nak jalan lagi ke IKEA sebab dah dekat… Tapi memandangkan masa mencemburui kitaorang, maka sebulat suara kitaorang teruskan sahaja aktiviti melepak kitaorang kat sini… Ayat…!!! Tak hingat donia ni….

Adik aku ni memang kuat makan, ada ker dia nak chocolate ais blended ni lagi satu…. Yang satu ni pun belum habis lagi…. Isshhh… Teruk betul perangai…. Dalam pukul 9.30 malam baru aku angkat kaki balik… 

Tapi bukan habis di situ sahaja, aku kena singgah di Uptown Damansara untuk membayar bil2 tertunggak… Loan rumah aku di Damansara, loan rumah aku di ehem2, bayar bil Celcom aku dengan wife di TTDI… Dan juga nak cari DVD terbaru…. 
Sampai rumah dah dekat pukul 11.00 malam…. Lepak kejap layan CSI New York…. Lepas tu buat entry baru dan auto publish… Sebab esok aku dah nak balik ke Banting semula dan hantar adik aku ke Shah Alam semula…. Macam tulah aktiviti aku sekarang ni… Penuh dengan jadual… Minggu depan lagi teruk sebab aku ada job luar yang sangat2 ekstream…. Mungkin blog ni akan sepi sesuci lebaran… Apa yang aku merepek ni…!!!! Oklah jumpa lagi next entry yer kawan2….
Advertisements