Petang semalam aku masih berada di Damansara sebab menguruskan beberapa perkara di sini sebelum aku balik semula ke Banting menguruskan bapa dan mak aku… So, petang semalam dapatlah sekali lagi aku meluangkan masa bersama wife aku dan adik aku Anor…. Untuk kali ke berapa puluh kalinye aku makan malam di Restoran Steamboat Ketam Village, Ikano Power Centre… Alaaaa tempat selalu tu…. kali ni heavy sikit sebab aku tak makan tengahari pun, terlupa sebab banyak kerja nak dibuat…

Macam biasalah kalau ke sini aku dengan kuah tomyamnye…. Wife aku dengan kuah supnye dan adik aku Anor kali ni tukar selera, dari kuah kari kepada kuah tomyam… Kali ni tomyam dia pedas sikit… Takpe lagi bagus sebab den orang Melako….

Macam biasa juga menu utama aku datang sini adalah Sliced Lamb With Tomyam, wife aku Dumpling Set with clear soup dan adik aku Sliced Beef with Tomyam….Dan tambahan yang lain2 lagi….

Wife aku memang suka sangat makan benda2 macam ni… Makanan cina…. Aku pun sama juga… Dah naik ketagih pulak…

Lepas dari makan kat sini kitaorang meredakan perut sambil jalan2 sekitar Ikano sebab aku nak singgah ke Guardians nak belikan abah aku susu hariannye…. Susu Nestle Nutrisi Diabetik… Susu yang sangat2 mahal… Satu tin RM75.00, pakai dalam 4 hari habis…. Guardian sekarang ni tengah sale so harganye murah sikit…. Memandangkan abah aku masih menggunakan Ryle’s Tube, maka terpaksalah aku membelinye…. Tapi nak buat macamana abah aku bergantung pada susu itu jer sekarang ni…. Sedih pulak aku mengenangkannye…

Sejam selepas itu, nah ambik engko, licin terus apa yang ada dalam mangkuk… Betul2 lapar sebenarnye kitaorang ni…. Hehehehe…. Tapi sebalik kelicinan tersebut, aku yang terpaksa habiskannye… Wife aku tolak kat aku, adik aku pun sama tolak kat aku… Yang macam nak muntah, aku….. Tapi bila kita makan dalam kadar kelajuan slow and steady, takdelah perut tu penuh sangat… ianye tersusun rapi jer dalam perut… Iyer ker…???