Hari ni aku nak bercerita sikit tentang kesibukan aku yang akan menjelang tiba tak lama lagi… Biasalah mencari sesuap nasilah katakan…. Aku bukanlah anak orang berada yang senang mendapatkan sesuatu, aku kena usaha yang tinggi untuk mencapai sesuatu… Dan juga aku akan membeli untuk keperluan bukan sebab kehendak nafsu atau untuk bersaing… Itu pun fikir ratusan kali baru boleh membelinye….
So dalam mencari sesuap nasi ni, aku terpaksa setup 2 work station di 2 lokasi yang berbeza… Satunye Workstation 1 di Banting (alaaaa rumah mak aku)… dan satu lagi Workstation 2 di Damansara (alaa laaa laaa kat rumah aku…)… Macam tulah gayanye kalau kerja2 yang dilakukan memerlukan screen komputer yang besar, takkan aku nak angkut iMac aku ke hulu hilir… Mustahil…. Silap2 pc rosak, sapa yang susah….??? Aku jugak….. Terpaksalah aku setup kat 2 tempat yang berbeza….

Macam nilah Workstation 1 aku di Banting sekarang…. Sambil buat kerja, sambil dapat jaga abah aku yang sakit…. Takl lama lagi bersepah habis lah rumah mak aku dengan paper work yang banyak…. Pasti mak aku akan pening kepala…. Hehehehe…. Sorry makkkk….!!!!

Dan yang bawah ni pulak Workstation 2 aku di Damansara Perdana…. Semuanye serba putih…. Aku sukakan kebersihan yang hakiki… Ayat tak hingat…. 

Aku akan sibuk selama 2 bulan, kena turun site, kena tangkap gambar yang beratus2 keping, terpaksa mengedit gambar yang diambil, terpaksa membuat analisis data dan tapak, kena buat statistik, kena buat unjuran masa depan, kena sediakan satu report lengkap dan akhir sekali kena buat printing…. Adui banyaknye kerja…. 
Tapi yang aku risaukan sekarang ni, kebajikan bapa aku akan terabai seketika, takut aku ke Damansara… Tinggallah mak aku seorang nanti… Tapi mungkin itu hanya seketika sebab adik aku Anor akan bercuti UiTM kelak, so dia ada bolehlah jaga dan bantu mak aku menguruskan abah aku…. Wahai rakan2 dan sahabat blogger aku yang tak berapa ramai ni, doakan segala urusan kerja aku berjalan lancar dan dapat menguruskan kedua ibubapa aku dengan sempurna dari hasil kerja yang aku akan lakukan tak lama lagi yer… Insyallah….