Paya Indah Wetlands merupakan destinasi aku selepas makan tengahari di Ice Room…. Sajer nak ajar anak buah aku Melly tentang alam semulajadi, tentang flora dan fauna… Asyik duduk kat bandar besar jer, nanti semuanye tak tahu…

Time ni kitaorang berada di Ladang Buaya…. Kat sini buaya2 yang ada hidup secara semulajadi seperti habitat mereka yang sebenar… Cuma cara pemakanannye sahaja berbeza…. Pemakanannye berjadual….

Melly sempat posing kat papan tanda kolam tersebut…. Buaya di dalam tasik ni memang banyak… Tapi hari tu, cuma beberapa ekor jer yang kelihatan…. Lepas dari kolam buaya tersebut, kitaorang bergerak ke lokasi kedua pulak… Nak bawa Melly tengok Hyppo….

Bising mulut dia masa nampak badak tu timbul dari dalam kolam…. Lagi2 bila dia nampak itik2 dalam kawasan tersebut pergi dekat dengan badak tu… Dia kata jangan dekat, nanti Hyppo makan itik….

Dalam sibuk2 aku tengok badak tu, Melly dengan Makngahnye boleh pulak berposing2 kat pondok Informasi tepi kolam badak tu…. Korang tengoklah gelagak Melly…. Kalau ada aku, Melly taknak posing macam tu…

Sebelum balik tu, kitaorang posing lebih kurang sebagai kenangan dan tanda kedatangan kitaorang ke Paya Indah Wetlands kali ini….

Dah nak menuju ke kereta… Boleh pulak dia melangkah secara berhati2…. Lambat betul budak ni… Aku pun tipu dia, aku kata Hyppo dah keluar dari kolam… Lintang pukang dia lari…. Hehehehe….

Sebelum bertolak balik ke rumah mak aku, sekali lagi gambar kenangan aku abadikan kami berempat…. Berpeluh juga sebenarnye kalau berada di sini… Aku akan datang semula ke sini, tapi bukan untuk tengok buaya atau badak air tapi nak memancing…. Hehehehe…. Dah ada port baru sekarang ni…. Itulah cerita hujung minggu aku kali ini…. Next entry mungkin soalan Contest Chilabaey’s Spot akan muncul…. Tunggu……!!!