Aku naik tension bila balik ke rumah aku di Damansara… Ada satu lift ni diconteng dengan teruk sekali… Selalunye lift tu digunakan oleh staff maintenant untuk mengangkut sampah setiap hari… Tapi bila dah diaorang tak gunakan, lift tersebut akan dibuka untuk penghuni blok semula…. Masalahnye bukan disebabkan lift tu dijadikan lift angkut sampah, tapi sikap orang2 yang menggunakannye…. Ada tong sampah pun kadang2 tu diaorang ni taknak pakai, letak jer kat bawah… Bodoh betullah diaorang ni… Kalau aku jumpa memang kena tepek terus dengan aku…. Nantilah belum aku jumpa lagi mereka ni…. 

Korang tengoklah lift tu macamana… Memalukankan kalau kadang2 tu kena pulak lift tu ketika bawa saudara atau kawan2 naik ke rumah….. Dah rasa macam lift rumah low cost…. Dah beberapa kali lift ini dicat semula oleh pihak pengurusan, 2 minggu lepas tu, pasti jadi macam ni semula….

Siapa punya angkara dengan sikap menconteng macam ni… Aku dah siasat dah… Cewah dah macam En.Mazidul Akma Sidek lah pulak aku…

Yang pasti mencontengnye ada 3 golongan :
Golongan satu adalah student kolej yang menyewa di blok2 aku ni…. Terlalu ramai mereka ni kat sini… Kebanyakkannye dari Sabah dan Sarawak… Kolej kejururawatan Mahsa College, Unity College dan 2 ke 3 kolej lagi… Itu pasti…
Golongan kedua adalah budak sekolah rendah dan menengah tempatan yang balik sekolah takde kerja, tangan gatal nak menconteng… Bagi kerja sekolah taknak buat… Lift rumah pulak jadi buku kerja rumah mereka…. Ini pun aku sangat pasti… Ada beberapa orang budak ni dah kena marah dengan aku dah sebab perkara ni… Tinggal aku nak report kat mak bapa dia jer… 
Dan golongan ketiga adalah pekerja2 dari Indonesia… Tapi mereka ni takdelah rajin sangat, tapi kalau dia bersama2 dalam lift yang ada awek Indon sekali, pasti ad jer kerja tangan yang ditinggalkan….
Tapi yang paling aku geli hati dalam banyak2 contengan ini, ada satu tu bertulis “Alamak ada CCTV lah, nasib baik aku tak conteng”… Korang fikirlah yer… Nanti kalau aku dapat tangkap contengan tu, aku buat entry…🙂