Melayang juga duit aku semalam…. Macam biasalah kalau berkereta ni, pasti akan ada masalah tertentu bila sampai masanye… Hehehehe… Sepatutnye hari Ahad aku balik ke Banting semula untuk menguruskan abah aku, last2 kena cancel sebab kereta pulak buat hal…. Kena tukar drive shaft semula… Aku langgar apa entah hari tu… Padahal aku baru jer ganti bulan 7 hari tu kalau aku tak silaplah…

Macam biasalah hari Ahad manalah ada kedai yang buka… So aku call budak bengkel yang aku biasa hantar di area rumah aku di Damansara ni, janji nak hantar kereta untuk ganti drive shaft kat dia…. Tanya harga lebih kurang dan nak tahu pukul berapa boleh hantar… Dia kata dalam pukul 11.00 pagi sebab ada kereta lain tengah Q…

Nak tak nak, semalam kena juga hantar ke bengkel untuk direpair… Aku ni jenis tak suka kereta yang ada berbunyi2… Walaupun sikit pasti aku akan cari sampai dapat… Bila dah tahu senang sikit hati… Takut part2 yang boleh mengancam jiwa jer… Maka dengan itu terpaksalah cutting budget untuk bulan ni… Baru ingat nak repair benda lain, dah ke part lain pulak…. Macam tulah kalau pakai kereta yang dah lama… 
Kereta baru…???!!!  Ishhh… Ishhh takde hati lagilah sejak kereta Avanza aku hilang tahun 2006 dulu… Lagi 5 hari lagi nak mengerjakan Umrah… Sampai sekarang fobia tak sudah… Baru 2 minggu lepas jiran parking sebelah kereta aku kat basement hilang kereta… Kereta Kelisa…. Menggigil aku dibuatnye bila owner datang jumpa aku tanyakan pasal kereta dia….  Aku macam biasalah dengar ikhlas memberikan tips kalau kereta hilang…. Maklumlah ada pengalaman… 
Nasib baik aku time tu tinggalkan Kancil ADA300, aku bawa Myvi bawa balik ke Banting… Kalau nasib tak baik pasti Myvi jadi mangsa…. Syukur Alhamdulillah selamat…. So bagi mereka yang mempunyai kereta, sila pastikan kereta anda dikunci dengan sebanyak mana yang boleh kunci2 tambahan…. Jangan mendapat nasib yang sama seperti aku dan jiran aku yang lain…