Ingat manusia jer nak bersenam, makhluk halus yang tak berapa halus pun nak bersenam juga…. Maklumlah nak terbang sana, nak terbang sini… Panjat pokok itu, panjat pokok ini… Semuanye memerlukan tenaga dan juga stamina yang tinggi…. Ishhh apa yang aku merepek ni….

Nampak tak hantu2 tu….???? Kalau nak jelas lagi tengok gambar di bawah….

Nampak tak…??? Nampak kan….. Siap senyum lagi…. Hehehehe…. Siapa yang hantu sebenarnye….???

Sebenarnye hantu2 tu adalah hantu2 yang dipasang di dinding dewan senaman di Fitness First The Curve…. Hari Sabtu lalu, aku menemankan wife aku ke sana… Ini adalah salah satu aktiviti sihat yang aku sarankan untuknye sepanjang aku berada di Banting untuk menguruskan abah aku… Dari dia duduk kat rumah jer baiklah wujudkan satu aktiviti yang sihat… So, dia pilih untuk bersenam… Ini kali pertama aku ikut dia… Tapi aku takdelah ikut bersenam sekali walaupun aku masuk free jer kat sini….

Memang semangat wife aku bila bersenam, maklumlah badan dah rasa ringan… Dulu kalau aku ajak berjalan ke sana sini lebih2 sikit pun dia malas jer… Sekarang baru dia tahu betapa bestnye kalau kita aktif dengan aktiviti berpeluh2 ni…. Seronok juga tengok diaorang bersenam kat sini… Satu sessi akan mengambil masa 1 jam… Ada banyak rutin sebenarnye, dan ianye mengikut jadual yang telah ditetapkan… So, kalau kita nak masuk kelas senamrobik, kita kena datang ikut jadual yang telah ditetapkan…. 

 Dah dekat 3 bulan dah rasanye dia bersenam kat sini… Selalunye wife aku datang pukul 7.00 pagi untuk bersenam/senamrobik, lepas tu baru ke office… Tapi sebelum ke office tu kenalah mandi dulu kat sini… Banyak kemudahan kat sini, tak perlulah kita balik rumah dulu… Mandi wap pun ada disediakan, itu lagi best tu…🙂