Hari Yang Melampau Penatnye… Minngu ni aku tersangat2lah penatnye… Ni pun balik rumah aku kejap di Damansara sebab ada meeting di SUK Shah Alam…. Dalam 4 hari ni inilah jadual aku :

KHAMIS (14 Okt)

8.00 pagi – Dari Banting ke Damansara ada urusan projek baru….
3.00 petang – Dari Damansara ke Shah Alam ambil adik aku Anor… Bawa balik Banting….
                      Dalam perjalanan singgah di beberapa tempat lagi untuk urusan kerja….
6.00 petang – Sampai Banting….

JUMAAT (15 Okt) 

12.00 tengahari – Dapat panggilan dari office di Cheras, kena ambil dokumen dan surat projek….
5.00 petang – Uruskan dulu abah aku di rumah sebelum tinggalkan mak aku dengan adik aku…
7.00 malam – Masih berada di KESAS Highway, jam teruk dari Shah Alam….
9.00 malam – Sampai  Cheras, sebab nak jumpa bos ambil surat projek Kuala Langat….
9.30 malam – Baru dapat jumpa sebab boss pun jam juga di Federal Highway….
10.30 malam – Balik ke Damansara…

SABTU (16 Okt)

8.00 pagi – Hantar wife ke Fitness First ada kelas senaman…. Aku..???
                  Duduk sambil merangka kerja2 untuk projek terbaru guna iPhone…
10.00 pagi – Kelas erobik wife aku habis…
10.30 pagi – Ke bank2 yang terdekat untuk uruskan pembayaran bulanan….
11.15 pagi – Berada di Sungai Buloh, pergi beli barang dapur di kedai borong sambil
                    belikan makanan ringan untuk anak buah aku Melly….
12.30 tengahari – Sampai di rumah adik aku Azu (Mak Melly) jumpa anak buah kejap
                            sambil makan tengahari… Aku belikan nasi kukus dengan ayam berempah….
2.00 petang – Balik semula ke rumah sebab nak settlekan kerja yang melambak…
5.00 petang – Wife aku ke Shah Alam ada apointmnet dengan kakak ipar aku…
9.30 malam – Sepupu aku datang rumah dari Kuala Kubu Bahru…
11.00 malam – Sepupu aku balik ke Kuala Kubu Bahru….

Fitness First di Curve…. Ada hantu join sekali….

AHAD (17 Okt)

10.00 pagi – Settlekan kerja2 yang tak siap2…. Nak guna untuk hari Isnin ni…
12.30 tengahari – Ke Uptown Damansara untuk beli makan tengahari dan ke bank…
1.30 petang – Balik ke rumah dan makan tengahari…
2.30 petang – Sambung semula kerja…. Sambil2 tu tunggu call dari bos untuk ambil satu lagi
                      dokumen yang tak siap2 dari dia….
6.00 petang – Ke Ikano Power Centre dan Curve untuk cari barang keperluan abah dan mak aku…
                      Kebanyakkannye barangan hospitality abah aku…. Sambil tu makan2 dengan
                      wife aku….
9.30 malam – Pergi ke Klang untuk hantar something kat member aku Bert…
11.00 malam – Balik ke rumah di Damansara…

ISNIN (18 Okt)

9.00 pagi – Hantar wife ke office di Damansara Perdana….
10.30 pagi – Ke bengkel kereta sebab malam tadi baru perasan ada minyak gearbox leaking…
                    Budak bengkel hantar balik rumah, nanti dah siap dia hantar kereta semula…
11.00 pagi – Sambung kerja sambil tunggu kereta bila nak siap…
4.30 petang – Dapat call yang kereta dah siap dah… Turun kat basement ambil kunci….
5.45 petang – Pickup wife aku di office…. Terus ke Curve pulak survey camera baru….
7.00 malam – Masih menunggu panggilan dari office Cheras….
9.00 malam – Balik ke rumah….

Budak bengkel tengah mengerjakan kereta aku…
SELASA (19 Okt)

9.00 pagi – Tunggu panggilan dari bos di Cheras untuk ambil dokumen… Sambung kerja balik….
3.00 petang – Dapat call dari office Cheras, ambil dokumen pukul 9.00 malam…. Hampeh….
9.30 malam – Drive semula office Cheras….
12.00 tengah malam – Bertolak balik ke Banting sebab adik aku Anor ada
                                   kelas esoknye pukul 9.00 pagi….
1.15 pagi – Sampai di Banting… Semuanye dah tidur…

RABU (20 Okt) – Hari Ini…

5.20 pagi – Bangun dan terus uruskan keperluan abah aku… Tukar pampersnye, lap badannye,
                  sedut kahaknye dan macam2 lagi…
6.00 pagi – Berikan susu harian pada abah aku….
6.45 pagi – Panaskan enjin kereta….
7.00 pagi – Bersiap untuk ke UiTM Shah Alam hantar adik aku Anor…
8.10 pagi – Sampai di asrama adik aku di Sek.7, Shah Alam… Jam teruk di Klang…
8.40 pagi – Hantar adik aku ke dalam UiTM….
9.30 pagi – Meeting dan jumpa seseorang di Bangunan SUK Shah Alam…
10.30 pagi – Bertolak ke Damansara nak ambil sesuatu…
11.00 pagi – Hantar kereta cuci kejap… Dapat call yang meeting untuk petang ni batal,
                    postpone esok pagi… Bagus…. Boleh repair lagi kerja….
2.00 petang – Baru sampai rumah aku di Damansara… Malam ni balik semula ke
                      Banting sebab esok ada meeting dengan Majlis Daerah Kuala Langat
                      pukul 9.00 pagi….

Sambung….


3.30 petang – Boleh pulak demam kejap… Ish.. Ishhh….
6.00 petang – Wife balik ajak keluar, alaaa aku tak laratlah…. Order makan kat restoran bawah jer…
8.30 malam – Bertolak balik ke Banting, tapi sebelum tu singgah ambil adik aku Anor di Shah Alam…
9.15 malam – Sampai Shah Alam ambil Anor, singgah kedai printing kejap sbb nak print A1 saiz…
9.40 malam – Bertolak balik ke Banting…. Singgah Maybank kejap…
10.30 malam – Sampai rumah mak aku…
12.30 tengah malam – Pengsan…..

Sementara menunggu boss datang, snap sekeping dua berlatarbelakangkan Bangunan SUK…

Balik dari SUK terus singgah basuh kereta kejap di Kampung Penchala…
Macam tulah jadual aku sejak beberapa hari ini… Kalau ikutkan mahu pengsan aku hari ni… Macam tulah nak cari rezeki dan juga menjaga tanggungjawab aku untuk semua… Tiada siapa yang nak tolong aku sebenarnye….. Oklah…. Bubai….