Tinggal 5 hari lagi tarikh tutup Contest Chilabaey’s Spot akan berakhir… Ramai yang merungut tentang soalan Pertama yang aku berikan… Soalan tersebut adalah menguji kepekaan persekitaran anda sebenarnye…. Walaupun tugasnye mudah iaitu teka nama tumbuhan tersebut tetapi yang susahnye untuk mendapatkan angle gambar seperti yang aku capture… Yang di atas ni bukan soalan tambahan yer… Ini adalah gambar dari angle lain…
Ramai yang berminat nak join contest aku ni, tapi bila baca soalan pertama sahaja ramai yang dah surrender sebab tumbuhan ini sukar dicari…. Tapi bagi aku kalau jawapannye betul, pasti lokasi tumbuhan ini dapat dicari dengan mudah… Bagi jawapan yang betul tau….!!!
Oklah disebabkan Contest ini mendapat sambutan ramai, maka dengan ini aku akan melonggarkan sedikit syarat2 yang telah diberikan dahulu…. Untuk korang merasakan keselesaan, takde tension2, untuk korang dapat menjaga keselamatan diri, takde yang nangis2 sambil hentak2 kaki atau nangis guling2…. Di bawah ini adalah syarat2 yang telah dilonggarkan untuk beberapa inchi :

Kelonggaran Syarat Untuk Soalan Pertama :

1.  Gambar boleh diperolehi dari mana2 sumber, tidak kiralah dari mana korang boleh 
     dapat gambar tersebut.. Kawan korang punya ker, curi dari dari mana2 saluran ker… 
     Yang penting anglenye lebih kurang sama dan jelas…
2.  Satu sahaja gambar pun sudah memadai… Tapi advantage pada mereka yang memperolehi 
     kedua2 gambar tersebut… 
3.  Yang penting jawapannye mestilah betul… Sebab aku akan menilai juga untuk jawapan 
     pada soalan2 yang lain…

So, dengan syarat2 yang telah dilonggarkan ini, aku harap korang bolehlah join contest aku ini dengan gumbira yer… Kesian korang, sanggup berjalan mencari tumbuhan ini, ada tu siap tak mandi lagi… Basuh2 muka dah keluar mencari jawapan…. Dari saham tengah tinggi, tiba2 saham jatuh merundum pulak nanti… Hehehehe…
Oklah selamat mencuba yer….