Salam 1 Malaysia semua blogger seantero dunia dan terutamanye semua followers ku yang tak kering gusi datang bertandang ke blog saya yang indah khabar dari rupa tuannye… Hehehehe… Selain tu juga Salam Jumaat dari aku yang beberapa hari ni terlampau sibuk ke hulu hilir membawa beg dokumen macam orang jual saham atau skim piramid jer…. 

Banyak urusan sebenarnye, dari BantingDamansaraShah AlamKlangBantingSubang JayaCherasDamansara dan last sekali ke Banting semula…. Dah macam mengendalikan kes Dato’ Sosilawati pulak rasanye… Keluar masuk pejabat kerajaan… Kejap2 dapat call dari pegawai kerajaan supaya datang meeting kat sanalah, kejap2 tu dapat call lagi supaya datang meeting kedua pulak petangnye… Macam semalam, langsung aku tak sentuh blog aku ni… Pukul 12.30 tenagh malam tadi baru aku free…. Maaf yer kalian semua, persediaan sebelum hidup ini sibuk selama 2 bulan… Hehehehe… Tapi Insyallah blog takkan dilupakan…

Pagi ni pun pukul 8.00 pagi aku ada lagi meeting dengan pegawai kerajaan di Kuala Langat ni untuk membincangkan skop kerja aku untuk projek seterusnye dengan mereka… Alhamdulillah semua tu adalah berkat doa ibubapa aku juga selama aku menguruskan bapa aku… Itu tidak dinafikan lagi… Walaupun aku masih bercuti tanpa gaji sekarang ni, rezeki aku masih lagi belum diputuskan oleh Allah… Dapatlah cover apa yang patut dan dapat sediakan barangan keperluan bapa aku…. Macam tulah kehidupan aku sebagai seorang anak lelaki tunggal…. Dalam masa yang sama, tanggungjawab aku pada lain juga perlu dilaksanakan… 
Doakan aku agar projek ni berjalan lancar yer…. Bila berjalan lancar, blog aku takdelah terabai sangat… Boleh bayangkan betapa sibuknye aku untuk 2 bulan ni nanti…. Syulur Alhamdulillah…..